TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri
ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan
isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari
keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap
orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh
isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si
suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan
membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara
berdurhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah menikah, suami mempunyai hak ke
atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau
berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada
di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami
ini diwujudkan kerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayanii
kemauan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah
sangat penting.
MELAYANI SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayani
kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan
antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan
bahawa ia melayani kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat
tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur
dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya
sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mencegah termasuk kedalam
golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami
jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk
menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat
yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia
kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk
menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan
keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada
suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi uang
perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja
dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan uang pemberian
suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan
bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi
suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya.
Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya
dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka,
si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya
suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan.
Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah
tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah,
isteri masih bertanggungjawab untuk menyediakan segala urusan rumah
itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan
kerja-kerja di rumah. Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah
pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat
merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN
KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri
hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari
rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu
seperti bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar, pakaian yang
dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan
dengan cara yang tidak menarik perhatian serta berkelakuan baik. Si
isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya dari
segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah
mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami
terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah
dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang
boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini
perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga
bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian
dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk
menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta
hadiah dari si suami yang melebihi dari kemampuannya. Jika mendapat
hadiah walaupun yang kecil saja, isteri hendaklah menghargainya dan
tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you
will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially
when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami
melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya
kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri
perlulah mengenakan dandanan yang sewajarnya agar suami tertarik hati
melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wewangian yang dapat
menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab menasihatkan anaknya pada
hari pernikahannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you
were brought up for a house in which you brought up for a house
unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to
him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a
pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a
slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be
bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to
you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away,
do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and
his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his
eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear
nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi
teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan
masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diartikan orang
sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk
mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada
suami disamping menghibur hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, perlulah bersama-sama
memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan
tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab
yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah
mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu karena ilmu ini merupakan
panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga
wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih
banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam
lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah
keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berdiskusi untuk kebaikan
bersama. Diskusi lebih baik dari bersikap autokratik kerana kata
sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk
kepentingan satu pihak saja. Malah, dengan diskusi juga suami isteri
boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang
kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebaikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan
pertolongan si suami untuk pekerjaan rumah. Dalam hal begini,
adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi
oleh pasangannya supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat.
Apabila seorang dari mereka melakukan perkara yang diharamkan, adalah
menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah
dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan
menghalangi pasangan masing-masing dari melakukan kemungkaran,
sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebaikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur
dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana pernikahan
dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah
saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu
berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri
hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa
menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan
dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari
melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan
saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam
kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang
ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap
pemaaf itu.
Salah satu hikmah menikah ini ialah
suami isteri dapat melakukan solat berjamaah. Seperti yang diketahui,
jika kita solat berjamaah, maka pahala yang diperolehi adalah
berganda-ganda dari solat secara sendiri. Dengan melakukan solat
berjamaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat
dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami
isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha segala
upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapatlah kita lihat
bahwa pernikahan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana
keluarga merupakan asas dalam pembinaan sebuah masyarakat. Untuk
melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan
bahawa masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk
melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling
bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat
penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah
keluarga bahagia.
No comments:
Post a Comment