Pages

Friday, July 27, 2012

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam


ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

TANGGUNGJAWAB ISTERI


TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara berdurhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayanii kemauan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYANI SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi uang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan uang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan.
Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyediakan segala urusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja di rumah. Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian serta berkelakuan baik. Si isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah dari si suami yang melebihi dari kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil saja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan dandanan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wewangian yang dapat menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab menasihatkan anaknya pada hari pernikahannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diartikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghibur hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu karena ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berdiskusi untuk kebaikan bersama. Diskusi lebih baik dari bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja. Malah, dengan diskusi juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebaikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk pekerjaan rumah. Dalam hal begini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat. Apabila seorang dari mereka melakukan perkara yang diharamkan, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalangi pasangan masing-masing dari melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebaikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana pernikahan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah menikah ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjamaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjamaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda dari solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjamaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha segala upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahwa pernikahan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan asas dalam pembinaan sebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal Untuk Dijadikan Suami


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini 
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri.  Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.
 Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”.  Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan  segala ajaran agama akan memberikan
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
 Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami?  Jika
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam memilih bakal suami mereka.
 Hal ini disebabkan aspek memilih  jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah.  Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam.  Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama dengan pasangan.
 Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang  paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.
 Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.  Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
 Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.  Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT  dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.
 Mengapa demikian?  Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti  perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.  Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai.  Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan.  Inilah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.
 Suami yang hidup dalam kefasikan  bermakna mengundang murka Allah
SWT.  Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?
 Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak
perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki.  Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
 Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk  “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya.  Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami.  Ini  kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
 Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi.  Tambahan lagi pandangan negatif
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka.  Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki.  Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
 Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa
agar mengahwinkan anak perempuan  mereka dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
 Apakah fitnah atau malapetaka  yang lebih besar selain daripada
menikahkan anak-anak yang berjiwa  bersih, berperibadi mulia dan taat
menjalankan suruhan agama  dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?
 Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
 Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan suaminya.  Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.  Semua ini jelas merupakan kerugian
yang nyata sekali bagi dirinya.
 Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya sendiri.
 Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh.  Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.
 Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud:  “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32).

Tuesday, June 5, 2012

Kriteria Pemilihan Calon Isteri Dalam Islam

Dalam memilih bakal isteri, Islam menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa. MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan. Rasululullah S.A.W menggariskan sebaik-baik wanita yang soleh ialah seorang isteri apabila suami melihatnya, akan menjadikan riang dan suka. Apabila menyuruh berbuat sesuatu dia tetap mematuhi suruhan. Apabila disuruh bersumpah mengenai dirinya, dia tetap berpegang dengan sumpahnya. Sekiranya berjauhan, dia menjaga kehormatan dan harta suaminya. Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci. (Riwayat Abu Daud dan Nasaii) Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. (Riwayat A-Tabrani) Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup. Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam. Satu lagi ciri dalam memilih calon isteri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah. Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu. (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya. Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis di atas. Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang. Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Subah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang. (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah). Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu. Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu. Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa. Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya. Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin). Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak. Selain wanita beragama dan memiliki kecantikan, soal mas kahwin perlu diambil kira. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya). Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga. Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami. Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul! (Riwayat Abu Daud dan Nasaii). Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga. Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri. Wanita idaman yang disukai oleh ajaran Islam, ialah wanita yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai menguruskan rumah tangga termasuk menjaga hak dan harta suami, sayang terhadap anak-anak dan pandai pula mendidik mereka. Kasih seorang ibu bukan hanya melayani kehendak anak semata-mata, malah perlu memberikan didikan sempurna khususnya didikan agama.

Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Pemilihan Calon Isteri
"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yangBaraqah dan yang Syadaqah."
(Imam Al-Ghazali)
Penjelasan Istilah:
1. Wanita ANANAH
Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian. 
2. Wanita MANANAH
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Bahasa mudah: Mengungkit.
3. Wanita HANANAH
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…
4. Wanita HADAQAH
Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli. Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.
5. Wanita BARAQAH
Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).
6. Wanita SYADAQAH
Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).

Konsep Pertunangan Dalam Islam


ab

“MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.”

Firman Allah di dalam surah Al-Furqan:


وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
(74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
أُولٰئِكَ يُجزَونَ الغُرفَةَ بِما صَبَروا وَيُلَقَّونَ فيها تَحِيَّةً وَسَلٰمًا
(75) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

خٰلِدينَ فيها ۚ حَسُنَت مُستَقَرًّا وَمُقامًا
(76) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

 

Syarat Pertama: 

Perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.
Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam.
Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.”
Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.
Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.

Syarat Kedua: 

Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain.

Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
Sesungguhnya seperti mana perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang.
Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.
Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu sebenarnya di atas kehendak keluarga.
Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan pertunangan.
Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.
Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki.
Perempuan telah bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.
Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Syarat Ketiga: 

Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah.

Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.
Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.
Perkara ini ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).
Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.
Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.
Amalan ‘cinta buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.
Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu.

Syarat Keempat: 

Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.

Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).
Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.
Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.
Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya.
Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran.
Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang.
Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan.
Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.
Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud:“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Memahami Konsep Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam


alt

KELUARGA, SEBUAH SISTEM SOSIAL

Dalam pandangan manapun, keluarga dianggap sebagai elemen sistem sosial yang akan membentuk sebuah masyarakat. Adapun lembaga perkawinan, sebagai sarana pembentuk keluarga adalah lembaga yang paling bertahan dan digemari seumur kehadiran masyarakat manusia.

Berbeda dengan itu, Syekh Taqiyuddin An Nabhany dalam bukunya " Nizham Al Ijtimaa’i fil Islam ( Sistem Sosial dalam Islam ) " membedakan istilah sistem sosial ( Nizham Al Ijtimaiy ) dengan sistem sosial kemasyarakatan ( Anzimatul Mujtama’ ). Sistem sosial ( Nizham Al Ijtimaiy ) menurut beliau adalah seperangkat peraturan yang mengatur pertemuan antara pria dan wanita atau sebaliknya, dan mengatur hubungan yang muncul antara keduanya, serta segala sesuatu yang menyangkut hubungan tersebut. Sedangkan sistem sosial kemasyarakatan ( Anzimatul Mujtama’ ) adalah peraturan bagi masyarakat , yang mengatur hubungan yang terjadi antara sesama manusia yang hidup dalam masyarakat tertentu tampa diperhatikan pertemuan atau perpisahan diantara anggota masyarakat tersebut. Dari sinilah muncul berbagai macam peraturan yang berbeda-beda sesuai dengan jenis dan bentuk hubungan yang mencakup aspek ekonomi, hukum , politik, pendidikan, sanksi, perdagangan, peradilan dan lain sebagainya.4)

KELUARGA DALAM MASYARAKAT ISLAM

Perkawinan dari sudut pandang Islam merupakan sistem peraturan dari Allah SWT yang mengandung karunia yang besar dan hikmah yang agung. Melalui perkawinan dapat diatur hubungan laki-laki dan wanita ( yang secara fitrahnya saling tertarik ) dengan aturan yang khusus. Dari hasil pertemuan ini juga akan berkembang jenis keturunan sebagai salah satu tujuan dari perkawinan tersebut. Dan dari perkawinan itu pulalah terbentuk keluarga yang diatasnya didirikan peraturan hidup khusus dan sebagai konsekuensi dari sebuah perkawinan.

Islam telah memerintahkan dan mendorong untuk melakukan pernikahan. Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra yang berkata bahwasanya Rosulullah SAW bersabda :

" Wahai para pemuda, barang siapa diantara kamu telah mampu memikul beban, maka hendaklah ia kawin, karena dengan menikah dapat menundukkan pandangan dan menjaga ke’hormatan’, dan barang siapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa, karena dengan puasa itu dapat menjadi perisai"

Dari pertemuan antara wanita dan pria inilah kemudian muncul hubungan yang berkait dengan kemaslahatan mereka dan kemaslahatan masyarakat tempat mereka hidup dan juga hubungannya dengan negara. Hal ini mengingat ciri khas pengaturan Islam ( syariat Islam ) atas manusia selalu mengaitkannya dengan masyarakat dan negara. Sebab definisi dari masyarakat sendiri adalah ‘ Kumpulan individu ( manusia ) yang terikat oleh pemikiran, perasaan dan aturan ( sistem ) yang satu ( sama )’ 5). Hal ini berarti dalam sebuah masyarakat mesti ada interaksi bersama antar mereka yang terjadi secara terus menerus dan diatur dalam sebuah aturan yang fixed. Rosulullah SAW telah menjelaskan status dan hubungan individu dengan masyarakat dengan sabdanya :

" Perumpamaan orang-orang Muslim , bagaimana kasih sayang yang tolong menolong terjalin antar mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bagian tubuh akan bereaksi membantunya dengan berjaga ( tidak tidur ) dan bereaksi meningkatkan panas badan ( demam ) "
( HR Muslim )

Oleh karena itu , Islam memandang individu-individu, keluarga, masyarakat dan negara sebagai umat yang satu dan memiliki aturan yang satu. Di mana dengan peraturan dan sistem nilai tersebut, manusia akan dibawa pada kehidupan yang tenang, bahagia dan sejahtera.

Syariat Islam sebagai aturan bagi individu muslim, keluarga, masyarakat dan negaranya, secara unik dan pasti dapat diterapkan di tengah kehidupan masyarakat manapun . Penerapan aturan tersebut tentu saja saling berkaitan antara satu dengan yang lainnya. Jaminan terlaksananya penerapan syariat Islam dilandasi oleh beberapa asas di bawah ini : 6)

1. Keadilan Syariat Islam


Islam menjamin hak-hak keadilan manusia, sebagai makhluk paling mulia, mewujudkan kesejahteraan dan ketenangan jiwa yang hakiki, serta kebahagiaan hidup dan keterpeliharaan urusan mereka dalam Islam. Allah SWT berfirman :

" Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman "
( QS Al-Isra : 82 )
Juga firman-Nya :

" Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada ( jalan ) yang lebih lurus..."
( QS Al-Isra : 9 )


Makna keadilan syariat Islam dipastikan karena aturannya bersumber dari Al-Kholik , Allah SWT yang tidak memiliki kepentingan apapun untuk membela satu pihak dan menzolimi pihak yang lain. Dalam satu hadist disebutkan, bahwa seandainya manusia seluruhnya menyembah Allah, maka tidak akan menambah kebesaran Allah sedikitpun, dan seandainya seluruh manusia kufur kepada Allah maka tidak akan mengurangi keagungan dan kebesarannya sedikitpun. Berbeda dengan peraturan yang dibuat manusia. Sedandainya manusia diberi hak membuat peraturannya sendiri, maka dia akan membuat peraturan yang menguntungkan mereka dan dipastikan akan merugikan pihak yang lain bahkan menindasnya. Oleh sebab itu Allah memerintahkan kepada kaum muslimin untuk berlaku adil dalam menerapkan syariat Islam. Bahkan untuk masyarakat non muslim. Hal ini dipastikan dengan firman-Nya :

" Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar sebagai penegak keadilan , dan janganlah sekali-kali kbencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk ( berbuat ) tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat dendan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"
( QS Al Maidah : 8 )

2. Sewenang dan Kemampuan Daulah Islamiyah dalam penerapan Syariat Islam di tengah-tengah masyarakat.

Peranan negara dalam penerapan syariat Islam sangatlah penting dan menentukan. Karena negara sendiri adalah Kepemimpinan Umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia, dengan fungsi menerapkan hukum-hukum syariat Islam dan menyebarkan Islam ke segenap penjuru alam. 7) Negara juga tidak akan membeda-bedakan individu rakyat dalam aspek hukum, peradilan maupun dalam menjamin kebutuhan rakyat dan sebagainya. Seluruh rakyat akan diperlakukan sama tampa memperhatikan ras, agama dan warna kulit.
Bahkan dalam fungsi inilah kesejahteraan masyarakat di bidang ekonomi akan dijamin. Negara dalam masyarakat Islam memiliki kewajiban menjamin terpenuhinya kebutuhan pokok tiap individu. Bahkan apabila seorang tidak mampu bekerja, maka negara wajib menyediakan sarana pekerjaan tersebut. Semua ini berlandaskan kepada Sabda Rosulullah SAW :

" Seorang Imam ( pemimpin ) adalah pemelihara dan pengatur urusan ( rakyat ) dan ia akan diminta pertanggung jawaban terhadap rakyatnya "
( HR Bukhari dan Muslim )

Dalam realisasinya Rosulullah SAW ( yang saat itu berkedudukan sebagai kepala negara ) pernah memberikan dua dirham kepada seseorang. Kemudian beliau berkata kepadanya :

" Makanlah dengan satu dirham, dan sisanya belikanlah kampak, lalu gunakan ia untuk bekerja "

Dari sinilah Imam Al Ghazali rahimahullah , menyatakan bahwa wajib atas negara memberikan dan meyediakan sarana-sarana pekerjaan kepada pencari kerja. Menciptakan lapangan pekerjaan adalah kewajiban negara dan merupakan bagian dari tanggung jawabnya terhadap pemeliharaan dan pengaturan urusan rakyat.

Dalam proyeksi masa depannya, apabila terwujud kembali kehidupan Islam , maka Daulah Islam dalam Undang-undang nya akan secara tegas mengatur urusan ini, yaitu negara menjamin nafaqah ( biaya ) hidup bagi orang yang tidak memiliki harta dan pekerjaan atau jika tidak ada orang yang wajib menganggung nafaqahnya ( sanak familinya ). Dan negara berkewajiban menampung orang lanjut usia dan orang-orang cacat. 8)

-Menurut teori ekonomi pula, semakin ramai anak, semakin tinggi pula permintaan terhadap susu, pampers, beras dan sebagainya. Permintaan yang tinggi pula memerlukan tenaga pekerja yang lebih ramai untuk menghasilkan pemintaan yang tinggi ini. Dengan bertambanhnya pekerja yang diserap masuk untuk bekerja dapat menangani masalah pengangguran dan kebuluran. Selain itu, income dalam negara juga akan turut melonjak. Jika dirujuk kembali sejarah silam negara Cina, rakyatnya pernah menghadapi masalah kebuluran. Walau bagaimana pun, masalah ini dapat mereka tangani dalam jangka waktu yang singkat, hanya dengan amalan BERPOLIGAMI DAN BERANAK RAMAI. Sekarang sudah tiada lagi kebuluran di Cina, bahkah ia dilihat sebagai sebuah negara yang aktif dan produktif dalam menghasilkan barangan natijahl daripada tenaga manusianya yang sangat ramai.

DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN:

1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.

2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)
Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .

3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:

“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat.”

Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.
Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja
.
Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “
Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.
Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:
“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”

Sufian bin Uyainah berkata:

“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “
Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:
“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.


Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu:

Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.
Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.
Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.

Pengajaran ketiga:
Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan. Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih .

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.

SOAL JAWAB SUAMI ISTERI


1. Lari Dari Rumah
Soalan: 
Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya?
Isteri Malang, KL
Jawapan: 
Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar.
Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh.
Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.


2. Membenarkan Isteri KeluarSoalan: 
Saya sering dilanda dilema apabila Isteri saya telefon saya di tempat kerja untuk meminta kebenaran pergi ke majlis perkahwinan bersama ibunya. Apakah yang patut saya berikan jawapan kepadanya?
Zulkifli
Jawapan: 
Seorang isteri berada dalam tanggungjawab dan jagaan suami sepenuhnya. Jika ia minta izin untuk menemui undangan atau sesuatu majlis disertai dengan muhrimnya sedangkan majlis itu dipastikan tidak mengandungi unsur maksiat seperti ada minuman yang memabukkan dan sebagainya, maka suami boleh izinkan. Namun jika suami khuatir akan menimbulkan fitnah atau perkara yang tidak baik maka ia boleh menghalang isterinya.
Dalam hadith diterangkan, "Dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang." (Riwayat Thabrani)


3. Bukan Muhrim Tinggal Serumah
Soalan: 
Saya sekarang tinggal bersama ibu mertua saya di Kuantan. Isteri saya sekarang baru saja melahirkan anak kedua kami.Yang menjadi masalah bagi saya ialah sepupunya (lelaki) datang untuk tinggal selama 2 bulan di sini. Kerana praktikal di bandar Kuantan. Jadi apakah yang patut saya lakukan?
Zulkifli
Jawapan: 
Kehidupan rumahtangga adalah jalinan perasaan antara suami dan isteri yang tidak harus terselip rasa kebimbangan dan kecurigaan. Jika perasaan ini muncul disebabkan oleh faktor luaran, maka suami harus menyelesaikannya secara bijaksana. Di dalam Islam seorang isteri dilarang menerima tetamu lelaki jika tidak ada suaminya di rumah, kerana ianya boleh menimbulkan fitnah. Apatah lagi jika suami ataupun isteri mengajak orang lain untuk tinggal serumah dengan mereka ini bererti suami telah mengabaikan keselamatan diri isterinya.
Carilah jalan penyelesaian yang terbaik agar sepupu tadi boleh menyewa rumah di tempat lain, jika terpaksa, jagalah kehormatan dan pergaulan di dalam rumah tersebut mudah-mudahan di ampuni Allah. Yang jelas pada dasarnya suami tidak boleh menempatkan isterinya dengan orang yang bukan muhrimnya.
Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)
Jadi jelaslah jika ipar sahaja disamakan dengan maut (perkara yang merbahaya) apatah lagi jika orang lain. Semoga Allah meringankan kita dalam segala urusan, insya Allah.

4. Rujuk Kepada Isteri Yang Diceraikan
Soalan: 
Seorang isteri telah diceraikan olah suaminya dengan talak satu, tidak sampai 24 jam suami itu telah melafazkan rujuk kembali. Apakah isteri itu telah dikirakan sebagai isteri yang sah atau suami isteri itu hendaklah merujuk kepada kadi untuk rujuk kembali.
Lutfi, KL
Jawapan: 
Thalak raj'i tidak melarang bekas suami berkumpul dengan bekas isterinya, sebab aqad perkahwinannya tidak hilang dan tidak mempengaruhi hubungan yang halal.kecuali persetubuhan. Jika sudah rujuk maka mereka boleh bersatu kembali. Rujuk adalah salah satu hak lelaki selama masa iddah. Hak ini ditetapkan agama kepadanya, kerana itu ia tidak berhak membatalkannya sekalipun seandainya suami berkata "Tidak ada rujuk bagimu", namun sebenarnya ia tetap mempunyai rujuk. Hak rujuk bagi suami berdasarkan firman Allah maksudnya: "Dan bekas suami-suami mereka lebih berhak rujuk kepada mereka selama masa iddah itu". (Al Baqarah 229) Jika rujuk sudah menjadi hak suami maka untuk merujuk tidak perlu syarat kerelaan, pengetahuan bekas isteri dan wali. Hak rujuk ada di tangan lelaki (sebagaimana firman Allah di atas). Rujuk juga tidak perlu saksi sekalipun menghadirkan saksi di sini hukumnya adalah sunnah, kerana khuatir agar nantinya isteri tidak menyangkal rujuknya suami.
Rujuk boleh dengan ucapan seperti: "saya rujuk kamu" dan dengan perbuatan seperti menjimaknya, merangsang nafsunya dan sebagainya. Imam Syafei berpendapat bahawa rujuk hanya boleh dengan ucapan yang terang dan jelas dimengerti. Tidak boleh dengan bersetubuh dan rangsangan, kerana Imam Syafie beralasan talak memutuskan perkahwinan. Demikianlah diantara pendekatan syariat dalam perkara rujuk.
Namun dalam hidup bernegara kita memiliki undang-undang yang mengatur sistem kekeluargaan Islam. Jika bercerai hendaklah melaporkan kepada pejabat kadi agar perceraian itu dapat direkodkan. Oleh itu kita dapat mengetahui bahawa kita telah menyimpan satu atau dua talak, sehingga kita berhati-hati dalam menjatuhkan talak dan tidak hidup dalam kemaksiatan. Begitu juga ketika rujuk hendaklah memberitahukan kepada pejabat kadi sebagai bukti bahawa perceraian itu telah dirujuk kembali.


5. Menuntut Harta Setelah CeraiSoalan: 
a) Apakah hak isteri yang telah diceraikan yang mana sebelum ini telah tinggal bersama selama 34 tahun? Adakah isteri itu boleh menuntut harta sepencarian dan nafkah kerana isteri ini tidak mempunyai pekerjaan?
b) Bagaimana isteri itu hendak mendapat haknya dan kemana perlu dia membuat laporan serta tututan?
Lutfi N., KL
Jawapan: 
a) Para ahli fiqah sepakat bahawa perempuan yang ditalak raj'i masih berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama masa iddah. Tentang perempuan yang ditalak, tiga ahli fiqah berselisih pendapat. Menurut Imam Hanafi perempuan yang ditalak tiga masih berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal daripada bekas suaminya selama masa iddah. Menurut Imam Ahmad, isteri tidak berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal.
Sedangkan menurut Imam Syafie dan Imam Malik bagi perempuan talak tiga, ia mendapat hak tempat tinggal tetapi tidak mendapat hak nafkah kecuali kalau hamil. Hanya sebatas ini saja tanggungjawab bekas suami memberi nafkah terhadap bekas isterinya. Jika memang harta yang terkumpul dalam rumahtangga merupakan harta hasil usaha suami, maka isteri tidak berhak untuk menuntutnya. Terpulanglah budi bicara suami untuk memberi sebagai sedekah atau semisalnya. Namun jika dalam harta tersebut ada harta isteri di dalamnya yang diperolehi dengan usahanya sendiri atau harta waris dari ibu bapanya, maka suami perlu memberikan hak isteri tersebut.
b) Untuk mengetahui keterangan lebih tepat tentang masalah ini anda bolehlah merujuk kepada pejabat kadi setempat.


6. Persetubuhan Melalui Dubur 
Soalan:

Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj ?
Musykil, Sg Besi
Jawapan: 
Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya" (HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)
Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan: "Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki" (Surah Al Baqarah ayat 223)


7. Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah JimakSoalan: 
Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan 
kali kedua ?
Musykil, Sg Besi
Jawapan: 
Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.


8. Adab BerjimakSoalan: 
1) Apakah adab-adab untuk berjimak? 
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya? 
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?
Iswadi, KL
Jawapan: 
1) Diantara adab berjimak iaitu:
i. Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah. 
ii. Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa. 
iii. Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan. 
iv. Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman. 
v. Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama. 
vi. Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih. 
vii. Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur. 
viii. Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab. 

2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis.


9. Cara Mandi Junub
Soalan: 
Bagaimana cara melaksanakan mandi junub seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan terperinci 
dan syarat-syarat sah serta wajibnya?
Sabri, KL
Jawapan: 
Mandi junub adalah mandi hadas besar hukumnya adalah wajib. Apabila sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku di atas diri seseorang, maka wajiblah ia mandi. Perkara yang mewajibkan mandi seperti keluar mani, berjimak, keluar haid dan nifas, serta wiladah.
Rukun mandi junub itu ada dua. Pertama, Niat disertakan dengan permulaan yang dibasuh daripada anggota badan. Lafaz niatnya "Sahaja aku mandi daripada hadas  besar dari sekalian tubuhku fardhu kerana Allah Ta'ala. Kedua, meratakan air kepada seluruh badan. Sekiranya air itu tidak meratai ke seluruh badan disebabkan ada yang menghalangi sampai air kepadanya, seperti lilin atau minyak atau lainnya maka perlu membasuhnya kembali. Banyak perkara-perkara sunat yang dilakukan Rasulullah dalam mengerjakan mandi junub ini namun segala garis besar dapat dilakukan menurut rukun mandi junub seperti yang di jelaskan di atas.


10. Isteri Minta Cerai
Soalan: 
Apa pandangan Islam terhadap seorang isteri (pertama)yang sanggup mengugut dengan kata-kata serta perbuatan yg boleh ditakrifkan sebagai "menderhaka" kepada suaminya supaya menceraikan isteri kedua semata-mata kerana ia tidak boleh menerima hakikat yang suaminya telah berpoligami?
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Jika seorang isteri minta cerai daripada suaminya lantaran suami berkahwin lagi maka isteri telah melawan hakikat hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika permintaan itu tanpa alasan yang jelas dan tidak sesuai dengan tuntutan syarak maka hukumnya berdosa. Apatah lagi permintaan cerai itu atas dasar cemburu atau marah kerana di madu. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Dari Abu Hurairah, sesungguhnya telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita tidak boleh meminta suaminya menceraikan isterinya (yang lain) supaya berkecukupan tempat makannya atau nafkahnya" (HR Tirmizi) Jadi jelaslah usaha isteri pertama agar suaminya menceraikan isteri yang lain itu berdosa dan dilarang dalam Islam. Allah SWT memberikan hak kepada pihak lelaki untuk memiliki isteri seramai empat orang. Masing-masing isteri tersebut mempunyai hak terhadap suaminya sama seperti hak dirinya terhadap suaminya. Oleh kerana itu tidak ada hak bagi dirinya menyuruh suami agar menceraikan atau mengurangi hak-hak madunya. Sebab jika perkara ini dilakukan bererti ia telah merampas hak madunya dan sekaligus derhaka kepada suami yang memiliki hak untuk berpoligami. Kederhakaan atas hak suami ini bererti derhaka terhadap hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.


11. Minta Cerai Kerana Suami Berzina
Soalan: 
Terima kasih atas jawapan yang diberikan mengenai masalah komunikasi dengan suami. 
Malangnya, si suami telah terlanjur dengan melakukan zina pula kali ini. Alasan yang diberikan adalah kerana membalas dendam dengan sikap isteri yang suka merungut tentang ibunya. Apakah nasihat ustaz kepada si isteri dalam menangani masalah ini? Adakah dibolehkan si isteri meminta cerai ?
Fatimah, KL
Jawapan: 
Isteri boleh meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui beberapa pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya terdapat keperluan ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana perwatakan luarannya, kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya mengabaikan perintah Allah atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan lain-lain, terlalu tua atau lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-kalau tidak dapat melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.
Jika suami mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus terangnya itu kerana menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan suami semacam ini haram hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah sampai ke tahap demikian berpisah atau cerai adalah lebih baik demi kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.
Sebagaimana Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam juga memberi hak kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih memuaskan lagi hati puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut undang-undang syariat di negara kita.


12. Berjimak Sebelum Mandi Wajib
Soalan: 
Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?
Rozila, JB
Jawapan: 
Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; "Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri".
Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A'lam. 


13. Berniat Zihar
Soalan: 
Apakah hukumnya jika si suami menyamakan sebarang anggota badan isterinya tetapi tidak melafazkan (hanya dalam hati sahaja) ?
Alwi ,KL
Jawapan: 
Zihar berasal dari kata "Ash Zhahr" ertinya punggung iaitu ucapan seorang suami kepada isterinya "Engkau seperti punggung ibuku". Seluruh ulama mengatakan bahawa zihar ini haram. Jadi jelaslah bahawa zihar itu perlu dilafazkan agar ia jelas maksud dan tujuannya.
Jumhur ulama berpendapat bahawa zihar itu hanya khusus dengan ibu sahaja. Kerana itu apabila seorang suami berkata kepada isterinya "Engkau seperti punggung ibuku" maka terjadilah zihar. Apabila suami berkata kepada isterinya : "Engkau bagiku seperti punggung saudara perempuanku" atau seperti "ibu saudaraku" ucapan semacam ini bukan zihar.
Jika terjadi zihar, maka suami haram mencampuri isterinya sehinggalah ia membayar kifarat: 1. Memerdekan hamba, jika tidak mampu atau tidak ada 
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak kuat, 
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin.

14. Isteri Memukul Suami 
Soalan:

Apakah hukum seorang isteri yang memukul suami yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan apakah tindakan yang wajar yang harus diambil oleh suami yang dipukul?
Tiesya ,KL
Jawapan: 
Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah. Diantara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan dan penuh pengertian. Kemudian ditambah dengan sifat patuh dan taat kepada suami, mengurus rumahtangga dengan baik, berhias untuk suami, melayani suami, berpakaian menurut ajaran Islam dan memberi motivasi terhadap cita-cita suami.
Jika seorang isteri telah berani memukul suami apakah suami bersalah ataupun tidak itu merupakan sifak kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya. Seandainya suaminya tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di akhirat nanti. Wallahu A'lam.

15. Isteri yang Taat
Soalan: 
Sejauh manakah sewajibnya taat isteri terhadap suaminya?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan: 
Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya, kepatuhannya itu bukanlah di dalam kemaksiatan. Taatnya isteri terhadap suami mencakupi memenuhi segala keperluan suaminya seperti menghiasi diri demi suaminya, menjaga dirinya daripada perbuatan curang, senantiasa menjaga rahsia keluarga serta menjaga harta benda suami dengan baik. Ia selalu merasa ikhlas dan puas dengan bahagian yang diterimanya daripada suaminya. Sebaliknya ia tidak pernah menuntut sesuatu yang diluar batas kemampuan suami untuk mengadakannya.
Sebagai seorang isteri harus bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga, baik dalam membina dirinya sendiri mahupun untuk membina anak-anaknya ke arah kemajuan ummah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya  dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya'. 
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Buku-buku kategori: Perkahwinan

16. Hukum Mencium Alat KelaminSoalan: 
Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar suami?
Hamba Allah, B Caves
Jawapan: 
Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.
Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.
Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.
Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

17. Hukum Membesarkan Alat Kelamin
Soalan: 
Apakah hukum berusaha membesarkan alat kelamin kita dengan tujuan untuk lebih memuaskan isteri, mungkin melalui urutan tradisional, makan ubatan ataupun dengan cara pembedahan?
BN, USA
Jawapan: 
Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal persetubuhan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW seseorang suami yang telahpun melepaskan hajatnya dalam persetubuhan dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia merasa puas. Dengan cara ini tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada keretakan rumahtangga dan sebagainya.
Perbuatan membesarkan kemaluan dengan tujuan untuk memberi kepuasan seks kepada isteri ketika melakukan persetubuhan, tidaklah menjadi kesalahan, selagi mana perbuatan itu tidak memudaratkan si suami itu sendiri. Jika perbuatan itu memudaratkan isteri, maka hukumnya adalah haram, kerana Islam melarang seseorang mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Ini tanpa mengambil kira apa jenis alat yang digunakan untuk membesarkan kemaluan itu.
Bagaimanapun ulamak mazhab Syafii menggariskan seorang isteri yang merasa tersiksa bila bersetubuh dengan suaminya kerana alat kelamin suaminya itu terlampau besar dan membuatkan ia menderita, diharuskan menuntut fasakh. Suka dinasihatkan kepuasan rumahtangga bukanlah bergantung kepada kepuasan persetubuhan semata-mata, sebaliknya merangkumi faktor lain seperti saling faham-memahami jiwa pasangan masing-masing, sama-sama menegakkan sunnah Rasulullah SAW dan lain-lain.


18. Isteri Menghisap Kemaluan Suami
Soalan: 
Apa hukumnya kita mengarahkan isteri menghisap kemaluan kita ataupun kita sendiri me..... kemaluan isteri kita dan apakah pula hukum kita melihat kemaluan pasangan masing-masing?
AS, Selangor
Jawapan: 
Hukum suami menghisap kemaluan isteri dan isteri menghisap kemaluan suami telahpun dijelaskan sebelum ini ketika menjawab soalan yang diajukan pada soalan 17.


19. Mengelakkan Persetubuhan kerana Keletihan BekerjaSoalan: 
Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang bekerja. Haruskah saya melayani suami saya  bila-bila sahaja dia perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya selalu tidak mahu? Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia akan terasa kecewa atau bosan.
Nor, Singapura
Jawapan: 
Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.
Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar'i.. Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.
Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga.
Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang adab dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu.
 DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

20. Memasukkan Jari Ke DuburSoalan: 
Bolehkah si suami memasukkan jarinya ke lubang dubur isterinya semasa melakukan persetubuhan?
Hamba Allah, Singapore
Jawapan: 
Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan Allah SWT melaknat suami yang mensetubuhi isteri masing-masing di duburnya tidak diqubulnya. Jika memasukkan alat kelamin dilaknat oleh Allah dan berdosa, maka memasukkan jari ke dalam dubur adalah sesuatu yang haram dan tidak wajar juga.
Tambahan pula dubur bukanlah kawasan istimta' yang diharuskan oleh syarak kerana ia adalah kawasan tempat keluar najis. Islam mengutamakan kebersihan. Kerana itu dalam adab sopan melakukan persetubuhan tempat seperti ini hendaklah dijauhi, kerana ia boleh mendatangkan mudarat. Dalam kaedah fikah ada menjelaskan setiap kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.Wallahu A'lam.

21. Persetubuhan Malam PertamaSoalan: 
Soalan saya, apabila malam pertama pengantin bolehkah ia bersetubuh dengan isterinya, kata orang malam pertama haram, dan boleh dilakukan pada malam ketiga sahaja, betulkah ustaz?
Ruz, Sabah
Jawapan: 
Dalam Islam apabila sudah sah akad nikah dijalankan, maka halallah perhubungan antara suami isteri. Tidak terdapat sebarang nas baik dari Al-Quran mahupun dari hadis yang melarang seorang suami menyetubuhi isterinya pada malam pertama, bahkan sesetengah pihak menganggap malam pertama itu sebenarnya adalah malam bersejarah dalam hidup seorang anak gadis.
Kerana pada malam itu ia mula mengorak langkah ke arah menjadi seorang ibu dalam ertikata yang sebenarnya, kecualilah jika isteri didatangi haid pada malam pertama, maka haram kepada suami menyetubuhinya melainkan setelah isterinya itu mandi junub. Berdasarkan nas Al-Quran menjimak isteri ketika haid adalah haram.


22. Kaedah Menakluki Hati Suami
Soalan: 
Ustaz, berjumpa dengan bomoh untuk mencari ubat pengasih atau menuntut rasa cinta dari suami selain dari memohon doa dari Allah adalh salah satu dari dosa-dosa besar. Jadi, boleh ustaz terangkan cara dan amalan yang sepatutnya isteri lakukan untuk menakluk hati suami (supaya suami sentiasa merasa cinta dan kasih kepada si isteri sepanjang masa), selain dari tugas-tugas yang lain.
Ini kerana dikhuatiri suami akan berlaku kasar dan kejam terhadap si isteri. Boleh ustaz berikan doa atau panduan kepada saya agar menjadi panduan hidup ke arah kesejahteraan dan kebahagian dengan mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya dan menjadi rujukan yang halal?
Julia, KL
Jawapan: 
Dalam Islam suami isteri masing-masing mempunyai kewajipan yang wajib dilaksanakan terhadap rumahtangga. Kewajipan isteri terhadap suami antara lain ialah mentaatinya dan mengakui kepimpinanya dalam rumahtangga. Dalam usaha untuk menimbulkan rasa cinta suami kepada isterinya, isteri boleh mengambil berbagai pendekatan.
Antaranya pendekatan fizikal berbentuk memakai perhiasan yang boleh menarik hati suami ketika suami berada di rumah dan melakukan ke semua perkara yang diperintahkan oleh suaminya yang tidak berbentuk maksiat. Selain itu pendekatan lain boleh dilakukan dengan meminta suami menjadi imam solat berjemaah bersama dengan anak-anak dan isteri. Isteri juga boleh mengajak suaminya ke surau atau masjid bersama-sama bagi menunaikan solat berjemaah di sana dan mengambil berkat dari majlis ilmu yang diadakan di situ.
Sama-samalah bangun malam bagi menunaikan solat hajat dan tahajud. Di samping itu isteri juga boleh menunaikan solat hajat memohon kepada Allah supaya rumahtangganya rukun damai dan suaminya sentiasa kasih kepadanya. Doanya boleh dibaca dalam bahasa Melayu kalau tidak dapat membacanya dalam bahasa Arab. Untuk mendapatkan doa-doa yang berkaitan sila rujuk buku HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal ), HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal ) dan DN 145 Doa Pelindung & Penawar Angin Ahmar "Stroke"  keluaran Darul Nu'man. Harus diingat setiap rumahtangga itu ada ujian-ujiannya. Dalam menghadapi ujian ini isteri hendaklah tahan sabar. Berkat dari kesabaran ini akan menghasilkan kesentosaan kepada rumahtangga. Insya Allah.


23. Hukum Menyesali PerkahwinanSoalan: 
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia; jarang-jarang sembahyang dan berpuasa.  Perasaan itu datang kerana kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah dunia dan akhirat? Apakah ayat yang sesuai diamalkan supaya suami sentiasa mengingati Allah?
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Tidak wajar kepada seseorang itu menyesali perkahwinannya dengan seseorang khasnya apabila suami yang diharapkan dapat membimbing isteri tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana perkahwinan tidak bersalah. Yang bersalah ialah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab.
Kerana itu apabila suami tidak berbuat demikian, tidak wajar isteri melahirkan penyesalannya kerana berkahwin dengan beliau, sebaliknya hendaklah diusahakan cara yang boleh menyedarkan suami beliau itu seperti dengan bersolat hajat, meminta nasihat dari orang alim, membuat aduan kepada Qadi dan lain-lain. Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawabnya itu adalah sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Inilah rahsianya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang ada agama, bukan yang hensem sahaja.
Untuk mendapatkan ayat dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan bagi mendorong suami terlibat supaya sentiasa mengingati Allah.

24. Suami Mempermainkan Perkataan Talak
Soalan:

Tabiat suami yang suka mempermainkan perkataan cerai setiap kali berlaku perselisihan faham, tetapi ucapannya bukan cerai, tetapi  rasa macam nak bercerai. Saya ingin tahu adakah jatuh cerai jika selalu dia mengucapkan rasa macam nak cerai. Harap dapat penjelasan yang lebih terperinci dari pihak tuan?
Has, W Persekutuan
Jawapan: 
Islam mengganggap haram mana-mana suami yang mempermainkan perkataan talak terhadap isteri. Lafaz talak tidak boleh dijadikan bahan permainan sama sekali, kerana hukumnya akan menyebabkan jatuhnya talak tersebut. Jika seseorang suami melafazkan perkataan yang pada pandangan isterinya rasa macam nak bercerai, maka lafaz ini tidaklah menjatuhkan talak. Lafaz ini dinamakan sebagai lafaz kinayah dan memerlukan kepada niat orang yang melafazkannya. Jika ia bermaksud menceraikan isterinya, maka hukumnya jatuh talak mengikut bilangan yang diniatkan itu.


25. Mandi Berbogel Bersama Isteri
Soalan: 
Berdosakah saya dan isteri saya jika kami mandi berbogel bersama-sama dalam bilik yang tertutup?
Abdullah, Johor
Jawapan: 
Mandi berbogel antara suami dengan isteri dalam sebuah bilik air tidaklah haram, sebaliknya hukumnya adalah makruh dan menyalahi adab-adab Islam ketika mandi junub.

26. Terlintas Hati Menceraikan Isteri
Soalan: 
Sekiranya kita terlintas di dalam hati/perasaan untuk menceraikan isteri kita tetapi tidak dilafazkan adakah gugur talak? 
Jika gugur talak, bagaimana caranya untuk merujuk balik?
Mohamed, K Terengganu
Jawapan: 
Semata-mata terlintas di dalam hati untuk menceraikan isteri, hukumnya tidaklah jatuh talak. Talak yang disepakati di kalangan ulamak jatuh dan berkuatkuasa ialah talak dengan lafaz yang sarih iaitu satu lafaz yang terang menunjukkan makksud talak dan tidak ada bukti menunjukkan ia bermaksud lain daripada itu.
Oleh kerana talak tidak gugur, maka tidak timbul soal rujuk kembali. Sebagai seorang suami hendaklah dielakkan dari berkeinginan demikian kerana ia merupakan satu perasaan yang dibenci oleh rasulullah SAW. Kalau hendak marah kepada isteri sekalipun, janganlah gunakan lintasan ingin mentalakkannya, sebaliknya perbanyakkanlah istighfar.
Rumahtangga dalam Islam memerlukan banyak kesabaran. Susah payah dan sakit demam ketika mengharunginya adalah ragam hidup orang yang berumahtangga. Orang yang paling baik di kalangan umat Islam ialah yang paling lembut terhadap keluarga sendiri.

27. Menjaga Perhubungan Suami Isteri
Soalan:

Apakah ayat yang sesuai untuk saya amalkan bagi membuatkan suami menyayangi kita? 
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia, jarang-jarang sembahyang dan berpuasa.  Perasaan itu datang kerana kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah dunia dan akhirat.
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Pokok pangkal kebahagiaan dalam perhubungan suami-isteri adalah layanan yang baik disamping kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Dalam hal ini Rasullullah SAW tidak pernah mengajar doa-doa tertentu untuk diamalkan bagi mengekal kebahagiaan rumahtangga sepengetahuan saya. Namun sebahagian ulamak ada mengesyorkan agar dibaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran agar kasih sayang suami isteri dapat dikekalkan. Untuk mendapatkan doa-doa tersebut puan bolehlah merujuk kepada buku-buku berkaitan. Di samping itu puan boleh mengerjakan solat tahajjud dan solat hajat agar dikurniakan kebahagiaan dalam keluarga puan.
DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN
DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN
DN 105 ♂ Permata Idaman Mutiara Syurga LELAKI SOLEH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

28. Pemberian Nafkah Seorang Suami
Soalan: 
Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah bersuami dan mempunyai anak seramai enam orang yang sedang meningkat remaja.  Masalahnya sekarang ialah adik saya bekerja sementara suaminya tidak bekerja.  Untuk makluman ustaz suami adik saya ini seorang pengikut Tabligh yang kadang-kadang meninggalkan keluarga sehingga seminggu atau pun lebih. Menuntut ilmu agama sememangnya dituntut tetapi masalahnya sepeninggalannya suami tidak meninggalkan nafkah makan minum isteri dan anak.  Baginya isteri bekerja, jadi suami tidak ambil endah langsung.  Kemungkinan si suami berfikir ibubapanya ada yang masih boleh melihat anak isterinya samada makan atau pun tidak, tak kan datuk nak biarkan anak cucunya kebuluran.... Si isteri kadang-kadang tidak tahan lalu mengadu dengan kakak dan abang... Di sini saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai perkara ini.  Terima kasih.
Yati, Ipoh
Jawapan: 
Menurut institusi kekeluargaan dalam Islam menjadi tanggungjawab seorang suami memenuhi keperluan kehidupan keluarganya baik dari segi nafkah lahir mahupun batin.Suami juga berkewajipan menggauli isteri dengan baik, suami juga harus menyediakan makanan yang baik, pakaian dan juga pendidikan agama yang sempurna untuk keluarganya. Begitu juga sebaliknya isteri berkewajipan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keluarga, seperti mengakui kepimpinan suami, taat kepada suaminya, keluar rumah dengan izin suami, melahirkan rasa kegembiraan di hadapan suami, dilarang menunjukkan sikap sombong, ego dan sebagainya. Jika tanggungjawab masing-masing suami isteri tidak dijalankan dengan baik, maka itu merupakan pertanda penyimpangan dalam menjalankan institusi rumahtangga.
Jika terjadi kecuaian suami atau isteri atau kedua-duanya dalam menjalankan tanggungjawab ini, perlu diberitahukan kepadanya akan kelalaiannya itu baik secara langsung mahupun menggunakan orang ketiga. Seandainya cara ini tidak berhasil kerana kecuaiannya ataupun ketidakmampuannya, maka isteri dituntut agar redha dengan keadaan tersebut. Dalam perkara ini kita boleh merujuk kepada kehidupan Rasulullah dengan Siti Khadijah. Dari segi kekayaan, Khadijah merupakan seorang jutawan pada zamannya, namun beliau redha seluruh harta kekayaan itu digunakan oleh suaminya dalam menegakkan Islam, akhirnya kehidupan keluarga baginda sangat sederhana bahkan miskin dari harta dan benda.
Seandainya isteri tabah dan redha menghadapi cubaan dan cabaran hidup ini maka sangat besar pahala baginya. Sedangkan suami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya hanya Allah akan membalas kelalaiannya itu. Dengan ketabahan seorang isteri memberi nafkah anak-anaknya dan dirinya sendiri, insya Allah akan dimudahkan Allah perjalanan hidup dan rezekinya. Dengan cara ini juga, insya Allah hati suaminya akan kembali menjalankan tanggungjawabnya.

29. Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim)Soalan: 
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL
Jawapan: 
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A'lam.

30. Persefahaman Suami Isteri
Soalan:

Pada setiap tahun menjelangnya Aidilfitri, suami saya akan menyambutnya di kampung beliau. Saya pernah menyuarakan untuk membuat giliran cadangan untuk membuat giliran dalam hal ini. Sehingga kini suami saya tidak pernah mengalah untuk beraya di pihak saya. Saya sungguh sedih kerana sudah hampir 7 tahun saya tidak pernah pulang ke kampung, menjenguk nenek dan saudara mara. Apakah yang harus saya lakukan?
Juriah, KL
Jawapan: 
Hubungan antara suami isteri yang harmoni lahir daripada kesefahaman dan saling menghargai antara keduanya. Dari sudut hukum syarak, memanglah seorang isteri harus mematuhi perintah suami selagi perintah tersebut bukan kepada perbuatan maksiat dan menyekutukan Allah. Namun dari sudut psikologi dan hubungan kekeluargaan pihak isteri dibolehkan menyuarakan pandangan dan pendapatnya termasuk menyatakan perasaannya kepada suaminya dengan baik. Usahakanlah menyampaikan keinginan itu dengan cara yang baik agar suami dapat menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka, dan banyaklah berdoa kepada Allah agar hati suami menjadi lembut dan dapat memahami perasaan orang lain terutamanya perasaan isteri.
Walaupun menjalinkan hubungan silaturrahim dengan nenek dan saudara mara itu dianjurkan dalam Islam, namun ada perkara yang lebih wajib untuk dipatuhi oleh pihak isteri iaitu mematuhi perintah suaminya. Janganlah menjadikan perkara yang sunat atau dianjurkan itu mengatasi perkara wajib, sehingga merosakkan keharmonian rumahtangga. Selesaikanlah dengan cara mesyuarat atau berbincang dari hati ke hati agar segalanya dapat diatasi dengan cara yang baik.

31. Mencerai Isteri Ketika Haid
Soalan: 
Kenapakah lelaki tidak boleh meceraikan isterinya ketika dalam keadaan datang bulan. Ini kerana seorang kawan saya telah diceraikan oleh suaminya ketika dalam haid. Bolehkah ustaz huraikannya sebabnya?
Ina, Selangor
Jawapan: 
Talaq Bid'i bermaksud suami menceraikan isterinya dalam keadaan haid atau nifas atau dalam keadaan baru selesai berjimak. Ini berdasarkan peryataan Ibnu Umar ra. sewaktu ia menceraikan isterinya yang sedang haid, kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya agar merujuk kembali kemudian menunggu sehingga suci, kemudian didatangi haid sekali lagi kemudian disertai dengan sucinya selepas itu. Setelah itu terserahlah kepadanya untuk menentukan sama ada mengekalkan terus isterinya atau menceraikannya sebelum menyetubuhinya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Maka itulah iddah yang telah diperintahkan oleh Allah supaya isteri itu diceraikan mengikut iddahnya".     Rasulullah SAW marah ketika diberitahu tentang perceraian Ibnu Umar, padahal Baginda tidak pernah marah terhadap barang yang halal. Jelaslah bahawa talak ketika isteri sedang haid ini adalah bertentangan dengan yang disyariatkan Allah SWT dan Rasul-Nya dan tidak dapat diterima. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang beramal tidak menuruti sunnahku adalah tertolak".


32. Menyamakan Sifat Isteri dengan Ibu
Soalan: 
Apakah hukumnya seorang suami yang menyamakan perbuatan isterinya dengan perbuatan ibu atau adik-beradiknya (muhrim kepada suami) seperti ciuman, masakan dan sebagainya?
Ezarrin, KL
Jawapan: 
Jika seorang suami menyamakan sifat perbuatan tertentu isterinya dengan ibunya tidaklah berdosa kerana ia bukan tergolong ke dalamZihar. Yang dimaksudkan dengan Zihar adalah ucapan seorang suami kepada isterinya, contohnya: "Punggung engkau seperti punggung ibuku". Penyerupaan bahagian-bahagian yang dimaksudkan itu hendaklah daripada anggota badan yang zahir dan khusus bagi ibu sahaja.
Zihar pula tidak dianggap talaq namun hukumnya adalah haram dan suami haram menggauli atau menyetubuhi isterinya sebelum dia membayar kifarah. Iaitu: 
1. memerdekakan seorang hamba, kalau tidak punya, 
2. berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau tidak mampu, 
3. memberi makanan kepada 60 orang fakir miskin.
Kifarat zihar ini sangat dituntut untuk menjaga ikatan perkahwinan dan untuk mencegah timbulnya kezaliman terhadap diri perempuan, kerana bila seorang suami merasakan beratnya denda untuk menebus ucapannya maka ikatan perkahwinannya akan terjaga dan isteri akan terlindung dari penganiayaan suaminya.

33. Suami Minum Susu Isteri
Soalan:

Apakah hukum suami minum susu isterinya dengan sengaja?
Aidil,Lahad Datu
Jawapan: 
Dalam melakukan jimak antara suami dan isteri, Allah memberikan kebebasan bagi keduanya untuk menikmatinya sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut selera masing-masing. Di dalam Al Quran pun ada disebutkan bahawa isteri-isteri kamu bagaikan kebun-kebun atau ladang bagimu, terserahlah kepadamu untuk bercucuk tanam diatas ladang tersebut. Namun begitu di dalam Al Quran juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika sedang haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai perkara meminum susu isteri dengan sengaja merupakan perbuatan yang menyalahi tabi'i atau fitrah seorang suami. Sesungguhnya yang layak meminum susu seorang wanita itu adalah anak-anaknya, namun jika peranan anak telah diambil oleh ayah ini merupakan penyelewengan dan tergolong dalam aniaya.

34. Jujur Terhadap Pasangan
Soalan: 
Perkahwinan merupakan satu perkongsian suami isteri atas segala yang ditentukan. Kejujuran merupakan asas utama dalam melayari bahtera tersebut. Perlukah seorang wanita atau lelaki memberitahu bakal pasangannya jika dia mengidap penyakit yang boleh memudaratkan atau menjejaskan tumpuannya pada pasangannya kelak? Adakah wajar pasangannya meminta cerai atau memutuskan ikatan pertunangan mereka?
Annim, KL
Jawapan: 
Di dalam Islam jika seorang lelaki ingin berkahwin biasanya diadakan pinangan terlebih dahulu. Ketika itu wakil dari pihak lelaki melihat wanita tersebut, apakah dia memiliki ciri-ciri wanita sihat atau subur, menjalankan agama dengan baik serta syarat yang lain menurut Islam. Disini membuktikan pentingnya mengetahui keadaan wanita tersebut jika seorang lelaki ingin meminang ataupun mengahwininya.
Di dalam hadith juga ada disebutkan jika seseorang lelaki ingin meminang wanita hendaklah memperhatikan empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Namun yang paling penting pilihlah wanita yang memiliki agama yang kukuh. Jadi jika demikian syaratnya, maka tidak baik bagi seorang wanita menyembunyikan kekurangannya yang dikhuatirkan akan menjejaskan hubungan suami isteri setelah berkahwin. Bereterus teranglah tentang kekurangan yang kita miliki mungkin dengan cara demikian pihak lelaki ataupun tunang kita boleh menerima kekurangan itu sebagai suatu kenyataan yang tidak perlu disesali. Tapi jika tidak bereterus terang dari awal dikhuatirkan akan meruntuhkan rumahtangga, maka ini lebih memilukan hati dan perasaan kedua-dua belah pihak.
Jika setelah berterus terang pihak lelaki tidak mahu menerima kenyataan tersebut, mungkin itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Perkara ini akan lebih mudah anda terima sebagai suatu kenyataan dibanding dengan menerima kemungkinan yang pahit setelah menikah nanti. Wallahu A'lam.

35. Mani Lelaki dan Mani Wanita
Soalan:

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenalpasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta' tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah 
disetubuhi. 
(1) Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
 

(2) Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan sek melalui hubungan istimta' sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani? 
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.
Aidil,L Datu
Jawapan: 
Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.
Imam Ahmad dan Nasa'i meriwayatkan: "Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: 'Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani '. ".
Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A'lam.

36. Hukum Membohongi Suami
Soalan: 
Apakah berdosa membohongi suami untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa pertengkaran kerana suami agak cemburu walaupun nak berjumpa doktor contohnya?
Ezarrin, KL
Jawapan: 
Isteri yang solehah itu disamping patuh kepada perintah Allah dan RasulullahNya, ia juga patuh terhadap suami dan tidak membohonginya. Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda: "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-baik kesukaan itu adalah perempuan yang solehah". 
Dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda: " 'Mahukah kamu, aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?' Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya".(Riwayat Ibnu Majah)
Berbohong kepada suami adalah berdosa apatah lagi berbohong kepada suami kerana ingin berjumpa doktor yang seandainyalelaki hukumnya jelas haram dan dosa besar. Jika suami tidak redha dengan sikap pembohongan itu maka akan berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Dalam hadith yang lain diterangkan, "Dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang." 
(Riwayat Thabrani) 
Kecemburuan seorang suami terhadap isteri merupakan fitrah yang dituntut oleh agama, kerana jika suami tidak cemburu dengan kemungkaran dan kesalahan yang dilakukan oleh isteri maka suami akan tergolong dayus ( golongan yang dilaknat Allah dan diharamkan syurga keatas mereka ). Ada juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: 
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, midzak ( membenarkan lelaki lain ke dalam rumah [ juga rumahtangga ] kemudian dibiarkan bersama isterinya ) itu termasuk sifat munafiq." (Riwayat Bazar dan Baihaqi)
Jika ini yang terjadi maka kesannya adalah sangat jauh sehingga boleh meruntuhkan institusi rumahtangga yang anda bina. Pembohongan seperti di atas merupakan benih-benih kehancuran rumahtangga yang anda ciptakan sendiri, itulah sebabnya dizaman moden ini banyak rumahtangga yang musnah lantaran isteri ataupun suami tidak memahami akan peranannya masing-masing terutama ditinjau dari sudut agama.
Segeralah bertaubat dengan cara memohon maaf kepada suami dengan kesalahan dan pembohongan yang pernah dilakukan selama ini. Hanya dengan cara demikian, insya Allah institusi rumahtangga anda akan selamat. Wallahu A'lam.

37. Berpura-pura di Depan SuamiSoalan: 
Apakah hukumnya berpura-pura suka melakukan sesuatu perkara itu dihadapan suami sedangkan kita tidak menyukainya untuk menjaga/menyenangkan hati suami sahaja sedangkan dibelakangnya kita tidak melakukan perkara tersebut (perkara tersebut bukanlah sesuatu yang buruk)?
Ezarrin, KL
Jawapan: 
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Isteri jika melakukan pekerjaan untuk suaminya dengan rasa ikhlas memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka... " 
(An Nisaa' ayat 34 ) 
Jika kepura-puraan itu bukan perkara yang buruk, tidak bertentangan dengan syariat demi menyenangkan hati suami, maka hukumnya harus atau boleh. Umpamanya dalam menikmati suatu makanan yang disenangi oleh suami sedangkan isteri tidak suka dengan makanan tersebut, maka untuk menyenangkan hati suami, si isteri menunjukkan sikap bahawa ia juga suka pada makanan tersebut walaupun pada hakikatnya ia tidak menyukainya. Sikap seperti ini dipuji kerana bertujuan membahagiakan hati suaminya. Namun dari segi psikologi kita perlu juga berterus terang kepada suami tentang perkara yang tidak kita sukai agar suami dapat memahami tentang diri isteri secara lebih mendalam.
Dalam perkara yang bersifat asas seperti keperluan suami terhadap layanan, baik dalam kasih sayang mahupun hubungan jimak, maka isteri wajib memenuhinya dengan rasa ikhlas dan senang hati bukan dengan sifat berpura-pura. Jika siafat berpura-pura ini terjadi maka isteri telah berdosa terhadap suaminya. Isteri harus patuh dan setia terhadap suami yang soleh dan bersedia mengikuti segala perintahnya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki atas wanita".(Riwayat Abu Daud) 
Jadi hindarilah sifat suka berpura-pura di depan suami jika ingin memperoleh pahala daripada Allah SWT. Jika perkara yang disukai suami itu tidak bertentangan dengan agama, mengapa pula si isteri harus berpura-pura suka melakukannya di depan suami kemudian meninggalkannya jika suami tidak ada. Sifat seperti ini menunjukkan benih kebohongan yang boleh melukakan hati suami dan dapat meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga.  

38. Suami Menghina Isteri
Soalan: 
Saya selalu menunjukkan muka masam pada suami saya. Ini disebabkan oleh sikap suami saya yang selalu memenangkan apa saja kata-kata mahupun perbuatan kawan-kawan pejabatnya sama ada lelaki mahupun perempuan. Bila saya menegurnya, kerana perbuatannya dengan kawan perempuannya itu boleh menjatuhkan maruah saya sebagai isterinya, dia kata saya ni terlalu emosional dan selalu berfikiran negatif. Katanya kawan-kawan di pejabatnya itu dah macam adik-beradik.
Suami saya suka menghina saya, dengan kata-kata seperti bodoh, buta, pekak, tak berguna, kurang ajar, hati busuk, jahat. Disebabkan perkara kecil saja, dia akan marah saya dengan kata-kata tersebut. Kadang-kadang saya cuba mencari kesilapan apa yang saya telah buat sehingga membuatkan dia sanggup mengatakan saya tak berguna. Sehingga sekarang saya rasakan tak boleh berkata apa-apa walaupun dia telah melakukan kesilapan, kerana takut perkara-perkara yang tersebut diatas akan terkeluar dari mulutnya, tetapi hati saya ini semakin lama semakin sakit, sehinggakan kadang-kadang saya merasakan memang saya ni tak berguna pada nya dan rasa mahu pergi jauh darinya.?
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Suatu perkara yang tidak harmoni dalam rumahtangga jika seorang suami menghina dan mencaci maki isteri yang mendampinginya selama ini. Bukan sekadar itu sahaja bahkan segala layanan dan keperluan batiniah juga dinikmati secara bersama, namun terjadi juga dalam masa yang sama penghinaan dan cacian terhadap isterinya. Untuk menghadapi suami yang seperti ini, seorang isteri harus melihat latarbelakang kehidupan suami, baik dalam keluarganya mahupun keadaan di tempat kerja. Dua faktor ini sangat besar pengaruhnya dalam membentuk keperibadian dan watak seseorang, terutama suami anda.
Di dalam berbicara dan menyampaikan sesuatu nasihat terhadap seseorang pun mempunyai seni dan caranya tersendiri. Setiap orang di dunia ini mempunyai reaksi yang berbeda ketika mendengar teguran dan nasihat daripada orang lain. Setengahnya ada yang dengan senang hati mahu menerima segala teguran dari kesilapan yang dilakukannya, tidak kiralah yang menegurnya itu orang yang lebih kecil daripadanya. Namun ada juga orang yang paling tidak suka jika orang lain cuba memberikan nasihat kepadanya, ini mungkin disebabkan kerana ia terlalu sayang terhadap dirinya sendiri sehingga merasakan bahawa teguran dan nasihat orang lain itu seakan-akan menggores ego dan sifat keakuannya.
Jika anda memiliki suami yang mempunyai sifat yang kedua ini, berusahalah mencari ruang dan saat yang sesuai untuk memberikan sumbangan fikiran atau yang serupa dengan itu. Jangan menegur secara langsung atas kesilapan yang ia lakukan, kerana teguran secara langsung itu menyebabkan ia merasa bahawa harga dirinya telah dipijak-pijak oleh isterinya. Kerana lelaki yang ego ini biasanya tidak mudah menerima teguran daripada orang lain apatah lagi teguran itu datang daripada isterinya sendiri.
Disamping itu berdoalah kepada Allah SWT setiap kali selesai  mengerjakan solat fardhu agar sikap anda dan suami anda berubah dalam menerima kenyataan kehidupan berumahtangga. Percayalah bahawa setiap diri seseorang itu memiliki madu dan racunnya. Ertinya seseorang itu memiliki kelebihan dan kekurangannya. Mungkin anda juga memiliki kekurangan disamping banyak kelebihan-kelebihan yang lain, begitu juga suami anda memiliki kekurangan dan kelebihannya. Oleh sebab itu terimalah madu dan racun atau kekurangan dan kelebihan yang ada pada pasangan anda agar anda dapat memahami makna kehidupan berkeluarga. Jika kita dapat memahami perkara asas ini, insya Allah segala bencana dalam rumahtangga dapat kita hindarkan. Wallahu a'lam.

39. Tanggungjawab Suami Dalam Memenuhi Nafkah
Soalan: 
Suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir pada saya selama hampir lima tahun perkahwinan kami ini. Apabila saya minta, dia kata dia dah bagi saya makan tu dah cukup. Saya katakan itu memang dah menjadi tanggungjawabnya lagi pun kami makan bersama pada hari minggu sahaja. Dia akan berkata, habis tu duit gaji awak nak simpan, habiskan duit abang. Disebabkan tak mahu bergaduh saya pun redakan saja, tetapi bila hati saya sakit atas apa-apa perbuatannya, saya akan mengungkit balik tentang nafkah itu.
Isteri, KL
Jawapan: 
Memang menjadi tanggungjawab seorang suami memenuhi nafkah isterinya, tidak kiralah apakah isteri mempunyai sumber pendapatan yang lain sebagai tambahan. Namun begitu ajaran Islam menuntut agar suami isteri bekerjasama dan saling memahami akan keadaan rumahtangga yang mereka bina sendiri. Kalau kita lihat bagaimana keadaan Siti Khadijah ketika menikah dengan baginda Rasulullah SAW, beliau merupakan orang yang paling terkaya di kota Makkah ketika itu, tapi kenyataannya segala harta bendanya yang melimpah ruah itu Siti Khadijah pergunakan untuk Islam. Ia redha suaminya Rasulullah SAW menggunakan segala hartanya tanpa menyebut-nyebutnya.
Alangkah baiknya seorang isteri merasa redha dengan pengorbanan yang diberikan terhadap suami dan keluarganya, kerana dengan perasaaan redha dan ikhlas itu akan menenangkan hati dan perasaan sendiri. Janganlah meminta sesuatu diluar kemampuan suami, barangkali banyak perkara yang difikirkan demi kepentingan keluarga anda sendiri untuk masa akan datang. Begitu besar pahala yang Allah balaskan terhadap isteri yang ikhlas membantu suami, sekaligus memberikan kedamaian dalam hati dan jiwa isteri itu sendiri.
Jika kita tidak redha dan ikhlas segala sumbangan dan bantuan yang kita ulurkan dalam keluarga sendiri disamping tidak memperoleh pahala di sisi Allah juga akan menimbulkan kekacauan dalam rumahtangga. Oleh sebab itu binalah sikap persefahaman yang jitu serta hargai pengorbanan seorang suami disamping berusaha memberikan motivasi dan mengingatnya jika terlanjur melakukan kesilapan.

40. Keluarga dalam Dilema
Soalan: 
Saya ada kemusykilan yang agak memeningkan kepala saya dan juga berat rasanya apa yang saya tanggung ini. Saya telah pun mendirikan rumahtangga selama dua tahun. Sejak lima bulan kebelakangan ini rumahtangga saya mengalami masalah kewangan yang agak teruk, masalah seksual yg kurang memuaskan dan juga mertua saya yang agak kurang saya minati perangai mereka. Dalam masa yang sama juga saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang agak muda dari saya. Kami berkenalan melalui internet.
Sejak berkenalan kami cuma berhubung melalui talipon saja sehinggalah setelah dua bulan berkenalan saya bercadang hendak berjumpa dengannya. Lama kelamaan, saya terpaksa memberitahunya bahawa saya ni sudah berkahwin dan mempunyai anak satu. Saya ingat perhubungan ini akan putus, walau pun hati saya sudah terpaut padanya. Saya pun tidak sangka yang pemuda tersebut semakin suka akan saya dan memahami akan kedudukan saya dan juga masalah saya.
Dia seorang pelajar di salah satu universiti di utara. Demi tuhan saya tidak pernah menduga akan begini jadinya kehidupan saya. Suami saya memang marah sangat dengan saya sehinggakan boleh dikatakan kami selalu bergaduh. Kami bertengkar bukan perkara ini sahaja malahan saya selalu tidak berpuas hati dengan sikap suami yang terlalu bergantung hidup dengan ibubapanya apabila kami kekurangan wang. Gaji saya pun boleh dikatakan tiga suku habis untuk membayar segala keperluan dan juga benda-benda yang lain. Dia hanya membayar rumah sewa dan juga kereta. Itupun setengah harga kereta saya bayar.
Tentang duit ni saya rasa berat sangat sebab tiap-tiap bulan asyik benda yang sama. Nak buat simpan pun susah. Bila saya suruh dia cari kerja part-time buat indah tak indah saja. Bila saya naik angin barulah nak cari surat khabar. Tentang pemuda tadi, perhubungan kami semakin erat. Dia bukan ingin megambil saya sebagai isteri kerana saya ada masalah, tapi kerana dia menyayangi saya dan begitu juga saya.
Sehinggakan pada satu hari saya bertengkar dengan suami, dia telah menampar saya di khalayak ramai dan mengatakan saya ni sundal. Oleh sebab itu saya menjadi begitu sedih, dan memgambil keputusan untuk balik kerumah ibu saya. Saya memberitahu kepadanya yang saya ingin balik ke rumah ibu saya, dia membenarkannya walau pun dia sendiri tidak ikhlas melepaskan saya. Sepanjang saya duduk di rumah ibu saya, bermacam-macam perkara yang telah dilakukan suami saya saya termasuk ke Jawi, memaki hamun pemuda tersebut dan juga mengganggu keluarga pemuda tersebut. Pemuda tersebut ingin menikahi saya sebaik saja dia habiskan pengajiannya di universiti.
Ibubapa pemuda tersebut melarang akan perhubungan kami. Kerana ternyata saya masih isteri orang. Saya ingin bercerai dengan suami saya, kerana tidak ingin berterusan menderhaka dan juga berdosa sepanjang hari begini, tetapi suami saya enggan melepaskan saya. Saya tak tau apa harus saya lakukan. Sedangkan hati saya tidak ada lagi padanya. Kadang-kadang terasa juga kasihan padanya dan keliru dengan perangainya yang kadang-kadang marah kadangkala ok. Tapi terlalu banyak perkara yang telah saya lakukan di belakangnya membuatkan saya tidak sanggup untuk berpatah balik melainkan meneruskan hidup saya sekarang. Saya betul-betul sayangkan pemuda ini dan sanggup untuk menunggunya.
Apakah tindakan yang harus saya lakukan? Dan sampai bila suami saya ingin menyimpan sayasedangkan kami duduk berjauhan begini? Saya benar-benar ingin kan pertolongan dalam hal ini. Wajar ke saya meminta cerai kepadasuami saya. Kalau hendak di cerita kan benda yang lain-lain memang banyak tapi cukuplah dengan perkara yang penting ni saja. Saya tidak mengatakan suami saya tidak baik cuma saya sudah rasa tawar hati akan segala perkara yangterjadi.?
Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh kepada Allah dan kepada suaminya. Bahkan dalam sebuah hadis ada disebutkan begitu besar tanggungjawab isteri terhadap suami, Rasulullah pernah bersabda jika Allah mengizinkan seseorang menyembah orang lain, maka akan saya suruh seorang isteri menyembah suaminya. Dalam hadis yang lain juga disebutkan seorang isteri tidak akan dapat mencium bau syurga jika ia meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang jelas mengikut syarak.
Jika permohonan cerai itu lantaran perkara yang bukan asas (seperti persoalan harta dan perkara duniawi) yang boleh diselesaikan dengan perbincangan dan keredhaan hati maka permohonan isteri semacam ini mendapat kutukan daripada Allah. Apatah lagi permintaan cerai itu lantaran telah menemui lelaki lain sebagai idaman hati, sudah jelas isteri seperti ini tergolong isteri yang curang dan akan mendapat kutukan daripada Allah, dan menjadi lebih sengsara di akhirat nanti jika suaminya tidak memaafkan atas kesalahan yang dilakukannya itu.
Bayangkan saja betapa banyak harta Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW digunakan baginda untuk perjuangan dalam Islam, namun walaupun harta jutawan Makkah ini habis digunakan, ia tetap redha dengan usaha suaminya itu. Mengapa hanya perkara kecil yang memang pasti dihadapi oleh setiap keluarga, tidak mampu dihadapi malah dipertikaikan? Mengapa terlalu rapuh institusi rumahtangga umat Islam ketika ini?.
Jika persoalan atau krisis rumahtangga yang sedikit dan sederhana ini tidak dapat diselesaikan dengan hati yang terbuka, maka perkara yang sama akan mudah terjadi dan menimpa anda walaupun setelah mendirikan dan membina perkahwinan yang baru, kecualilah jika seseorang itu benar-benar bertaubat dari kesilapan masa silamnya, maka insya Allah, akan diberikan jalan kemudahan terhadapnya oleh Allah SWT.
Permohonan cerai seorang isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang benar menurut syarak maka ia tergolong dalam kategori isteri yang berdosa dan bahkan dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang isteri yang tidak dapat mencium bau syurga (tidak dapat masuk syurga). Mengenai perkara yang sedang puan hadapi, fikirkanlah secara matang dan waras, pertimbangkan segala sesuatu itu menurut ukuran Islam dan jangan menurut perasaan dan hawa nafsu semata, kerana keputusan yang keliru dilakukan ketika ini akan membinasakan kita, keluarga kita dan anak kita yang masih kecil, dikemudian hari nanti.  Berdoalah serta lakukanlah solat istikharah agar ketika membuat keputusan bukan didorong oleh perasaan semata tapi ditentukan oleh Allah SWT. Wallahu a'lam.

41. Isteri Membuka Aib Keluarga Sendiri
Soalan: 
Di sini saya ada persoalan, mengenai abang saya yang telah berkahwin dan mempunyai anak seorang. Masalahnya ialah mengenai isterinya yang suka bercerita mengenai rumahtangganya (tentang hutang piutang kesusahan suaminya sebelum berkahwin dengannya dan sebagainya kepada orang luar (jiran) dan sesiapa yang bercakap dengannya. 

Ini saya perhatikan apabila emak (mak mentua kakak ipar) mengadakan kenduri sesiapa saja dia akan bercerita mengenai rumahtangganya. Adakah berdosa perkara itu yang mana ianya boleh mendatangkan malu pada suaminya (abang saya). Adakah ayat-ayat yang boleh abang saya baca untuk isterinya, (walaupun telah banyak kali abang dan mak menasihatinya)?
Sue, Mersing
Jawapan: 
Isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah SWT kemudian melaksanakan segala perintah suami selagi perintah tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Seorang isteri yang baik tidak memburuk-burukkan suaminya hanya dikeranakan keadaan ekonomi suaminya tidak memenuhi hawa nafsunya. Sebaiknya jika isteri mempunyai kelebihan dalam hal harta benda hendaklah si isteri membantu beban suaminya, agar Allah SWT memudahkan kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jika isteri membesar-besarkan hal ehwal keluarganya kepada orang lain, maka isteri telah melakukan perbuatan dosa terhadap suami dan terhadap perintah Allah SWT.
Keperibadian seorang isteri solehah diantaranya memiliki budi pekerti yang murni, membina sifat persefahaman, memiliki jiwa pengorbanan, tabah dalam menghadapi cabaran dan memiliki sifat penuh pengertian. Begitu besar ketabahan yang ditunjukkan oleh Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub as. Walaupun harus menjaga suami dalam menghadapi penyakit yang paling dahsyatpun Siti Rahmah tetap tabah dalam menjaga suaminya. Begitu juga betapa besar pengorbanan Siti Hajar dalam menjaga anaknya di lembah Makkah yang tandus, demi memenuhi perintah Allah dan suaminya Nabi Ibrahim. Semuanya merupakan suri teladan yang ditunjukkan kepada umat manusia di zaman sekarang.
Jika sekadar kesusahan di bidang ekonomi menjadi ukuran kepada isteri untuk mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebutnya kepada orang lain, maka isteri telah menabur benih fitnah dalam rumahtangganya sendiri. Dalam menghadapi perkara ini seorang suami hendaklah berusaha menasihatinya dengan cara yang baik atau hikmah, jika isteri tidak mahu menjalankan nasihat tersebut carilah pihak ketiga yang boleh memberi nasihat dan merubah hati isteri seperti orang tua, ulama dan sebagainya. Suami hendaklah membekalkan dirinya dengan ilmu agama agar segala sesuatu nasihat yang ia ungkapkan memiliki dasar yang kukuh dan dapat difahami oleh pihak isteri.
Suami berusaha mengajak isteri untuk melaksanakan perintah agama umpamanya melaksanakan solat berjemaah, mendengar ceramah agama, membaca buku-buku agama berkaitan dengan tanggungjawab seorang suami dan isteri. Berdoalah bersama-sama agar segala perangai atau keperibadian yang buruk terhindar dari diri isteri mahupun suami. Sesetengah buku ada menjelaskan tentang amalan Asma'ul Husna dengan menyebut nama Allah Al Wadud (Maha Pencipta) sebanyak seribu kali setiap hari dan niatkanlah agar isteri tersimpan di sanubarinya rasa kasih dan sayang kepada suaminya.
Perkara yang paling asas adalah ibadah suami setiap hari agar melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bermunajatlah kepada-Nya dan isilah jiwa dengan mengingat Allah secara ikhlas, insya Allah, rumahtangga akan menjadi aman dan damai.

42. Suami Menyeksa Isteri
Soalan:

Masalah ini merupakan masalah adik saya (wanita). Apakah kedudukan perkahwinan sebuah keluarga itu jika si Suami sering mengeluarkan kata-kata yang bermaksud untuk menceraikan isterinya. Pernah si Suami meminta si Isteri menandatangani surat untuk bercerai (jika si Isteri menandatangani surat itu seolah-olah si Isteri yang menuntut cerai).
Pernah juga si Suami semasa perbincangan dengan Isterinya menyarankan supaya mereka berpisah sahaja, tetapi tidak secara terang melafazkan perkataan cerai. Si Suami tidak mahu melafazkan perkataan cerai secara terang kerana ia mahu isterinya sendiri yang menuntut cerai. Si Suami tahu jika si Isteri yang menuntut cerai, si Isteri tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang tuntutan samada harta atau pun hak penjagaan anak (lelaki berusia 6 tahun).
Si Suami juga pernah memukul isterinya di kaki dan mengacukan penumbuk ke muka isterinya. Si Suami juga telah mebuat tuduhan-tuduhan yang melulu seperti isterinya mempunyai teman lelaki dan pelacur. Kesemua ini adalah untuk medera mental isterinya dengan harapan ia menuntut cerai. Apa yang perlu dilakukan oleh si Isteri dalam keadaan ini?
Hamba Allah, KK
Jawapan: 
Perkahwinan pada asasnya ingin menyatukan dua insan ke dalam satu institusi rumahtangga agar menjadi harmoni dan diredhai Ilahi. Cita-cita yang murni ini merupakan impian setiap insan yang ingin membina keluarga bahagia, namun tidak semua perkahwinan dapat menikmati hakikat kedamaian berkeluarga, kadangkala suami dan isteri menghadapi berbagai cubaan dan rintangan. Seandainya menghadapi masalah berusahalah untuk menyelesaikannya dengan cara berbincang atau bermusyuarat, jika cara ini tidak berhasil gunakan pihak ketiga yang bertanggungjawab untuk menyatukan keretakan yang timbul, jika inipun tidak berhasil maka tentukanlah menurut pertimbangan yang dibolehkan oleh syarak.
Jika seorang suami tidak menjalankan kewajipannya sesuai dengan tuntutan syarak bahkan menuntut agar isteri menurunkan tanda tangan untuk mengelabui bahawa perceraian tersebut bukan dari kehendak suami tetapi dengan memaksa isteri melapazkannya, ini telah membuktikan bahawa suami tersebut bersifat dayus dan tidak bertanggungjawab. Usaha suami agar isteri meminta cerai ini menggambarkan sifat suami yang lebih mementingkan harta kebendaan daripada keharmonian rumahtangga, jika ini benar-benar wujud dalam sesebuah rumahtangga maka adalah lebih baik isteri meminta cerai.
Menjadi perkara yang sangat aib dan sukar untuk membina rumahtangga yang harmoni jika suami telah menuduh isterinya membuat curang (pelacur) bahkan di dalam Islam jika suami tidak dapat membuktikan empat orang saksi adil, maka suami yang menuduh tadi berhak menerima hukuman (dera 80 kali). Jika memang benar-benar terjadi penganiayaan seperti yang diungkapkan maka lebih baik isteri merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab masalah nikah dan cerai seperti jabatan agama ataupun kadi.
Jelaskan kepada pihak jabatan agama Islam atau kadi akan tindakan suami yang menginginkan perceraian itu dengan cara memaksa isteri melapaskannya dengan tujuan ingin mengambil hak penjagaan anak dan harta. Keterangan dan penjelasan ini tentu akan diambil kira jika pihak isteri terpaksa menuntut perceraian kerana dipaksa atau dianiaya kelak. Sesungguhnya isteri berhak meminta cerai bahkan dianggap lebih baik jika suami melakukan kezaliman atau tidak bertanggungawab menurut syarak.


43. Mengelak Kehamilan Setelah Berjimak
Soalan: 
Saya telah ditanyai dengan persoalan apakah hukumnya seorang wanita yang meminum minuman bergas yang dicampur dengan panadol untuk mengelakkan kehamilan setelah melakukan perhubungan dengan suaminya?
'Izzah, Gombak
Jawapan: 
Berbagai kaedah telah ditemui oleh para ahli tentang cara menjarak kehamilan, atau mengatur kehamilan. Bahkan para ulama juga telah menyetujui diantara kaedah-kaedah dan penemuan moden tentang pengaturan jarak kehamilan tersebut. Jika usaha menghindarkan kehamilan yang puan lakukan kerana demi menjaga kemaslahatan kesihatan anda ataupun untuk menjaga kesihatan bayi yang masih kecil, maka usaha tersebut tidaklah berdosa. Tapi jika menghindarkan kehamilan lantaran takut miskin dan ingin sentiasa nampak cantik dan ramping maka pekerjaan ini tidak termasuk sunnah Rasulullah SAW.
Setelah melakukan jimak kedudukan sperma dalam rahim belum berbentuk apa-apa, ertinya bulum terjadi pembentukan organ janin, jadi jika kita meminum ramuan tersebut menyebabkan sperma itu tidak berfungsi tidaklah bererti kita telah membunuh janin, kerana ketika itu ia belum terbentuk kehidupan.


44. Menonton Blue Film Bersama Suami
Soalan: 
Saya mempunyai seorang sahabat karib yang telah berkahwin selama 5 tahun. Sayangnya beliau masih belum mempunya anak. Beliau dan suaminya gemar menonton 'Blue film'. 
Masalah yang dihadapi oleh sahabat saya ialah : 
1) Beliau suka memuaskan diri sendiri sambil menonton tayangan tersebut tetapi tidak menggunakan apa-apa alatan. 
2) Beliau merasa apabila berdoa, doanya seakan tidak dimakbulkan tuhan. 
3) Beliau cuba untuk tidak melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak dapat melawan nafsu. 
4) Hukum menonton "blue film" bersama suaminya. 
Diharap Ustaz dapat membantu sahabat saya didalam masalahnya.
Rohaida, Kuantan
Jawapan: 
Menonton blue film hukumnya haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya.
Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.
Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka yangpaling besar dalam kehidupan berumahtangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.
Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah vcd blue film yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki vcd blue film tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT.


45. Petua Berjimak Mengikut Syarak
Soalan: 
Saya baru berkahwin 1 bulan yang lepas. Saya ingin tahu apakah cara-cara yang yang terbaik, perkara yang dituntut dan perkara yang dilarang dalam melakukan persetubuhan dengan isteri?
Azri, Klang
Jawapan: 
Walaupun  wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan akan tetapi bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak hatinya terhadap isterinya. Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah dituntut. Di dalam berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.
1. Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahsia atau menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam sebuah hadith diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang lain tergolong seburuk-buruk manusia di sisi Allah. 
2. Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadith diterangkan "terkutuk dan terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya". 
3. Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.
Diantara ada-adab jimak yang dianjurkan antara lain:
1. Dalam melakukan jimak niatkan dalam hati untuk memenuhi kewajipan daripada Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW bukan semata-mata memuaskan hawa nafsu. 
2. Sebelum bersetubuh membaca doa. 
3. Waktu bersetubuh dilakukan dengan hati yang gembira, tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi nikmat persetubuhan. 
4. Memakai haruman-haruman dan pakaian yang bersih. 
5. Suami tetap berusaha untuk mencapai kepuasan secara bersama jangan hanya mementingkan diri sendiri. sebaiknya tunggu isteri mencapai klimaks terlebih dahulu. 
6. Dianjurkan berwuduk sebelum berjimak. 
7. Dianjurkan juga setelah bersetubuh, suami mahupun isteri mencuci kemaluannya dengan bersih. 
8. dan sebagainya.


46,. Onani dengan Tangan Isteri
Soalan: 
Apakah hukumnya suami mengeluarkan air mani suami dengan menggunakan tangan isteri?
Azman, Kulim
Jawapan: 
Isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu sendiri asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti mengadakan hubungan melalui dubur (liwat). Jika isteri dalam keadaan tidak boleh dijimak seperti dalam keadaan haid atau nifas maka suami bolehlah melepaskan berahi seks dengan memohon bantuan isteri seperti menggunakan tangan dan sebagainya demi terhindarnya fitnah dan perkara yang lebih buruk seperti berbuat zina dan sebagainya.

47. Menasihati Suami Suka Meninggalkan Solat Fardhu
Soalan: 
Bagaimanakah cara menasihati suami yang sukar(meringankan) mengerjakan ibadah sembahyang fardhu?
Fatimah, Seri Iskandar
Jawapan: 
Suami isteri yang diredhai adalah yang sentiasa saling mengingat antara satu dengan yang lainnya. Seharusnya suamilah yang bertanggungjawab menjaga akhlak dan agama isteri. Namun jika suami yang mengabaikan solat fardhu maka sangat besarlah dosa yang mesti ditanggungnya kerana ia tidak mampu membina dirinya sendiri dalam mematuhi perintah Allah SWT. Jika demikian maka sangat sukarlah baginya untuk membina keluarganya menuju kebahagiaan hidup berumahtangga.
Seandainya isteri memiliki keimanan yang kuat sehingga tidak terpengaruh dengan kelalaian suaminya dalam melaksanakan ibadah solat, maka isteri memiliki akhlak yang terpuji. Berusahalah menasihat suami dengan secara tidak langsung, umpamanya isteri terus mengerjakan solat walaupun suami tidak mahu mengerjakannya, semoga dengan fenomena itu dapat merubah mindanya dan merasa malu, akhirnya ia akan mengerjakan solat. Disamping itu mintalah pihak ketiga untuk menasihati suami, terutamanya ahli keluarganya sendiri ataupun ibu bapanya dan orang lain yang berpengaruh terhadap suami anda. Terakhir, berdoalah kepada Allah agar suami anda mendapat hidayah dalam mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

48. Memenuhi Nafsu Syahwat yang Tinggi
Soalan: 
1.Ustaz saya sudah berkahwin...tapi keinginan sex saya amat tinggi sehinggakan jika saya melihat wanita cantik akan naiklah syahwat saya,dan untuk itu saya mengambil keputusan untuk kahwin seorang lagi. Bagaimana saya boleh membendung nafsu saya? Dan apakah keputusan untuk kahwin lagi itu baik untuk saya?
Insan, Penang
Jawapan: 
Di dalam Islam membolehkan seseorang lelaki berkahwin hingga empat orang (poligami) jika seseorang itu berkemampuan dari segi jasmani mahupun rohani. Adalah lebih baik seseorang itu kahwin lagi jika gejolak nafsu syahwatnya terlalu tinggi sehingga tidak memadai dengan seorang isteri asalkan tujuan perkahwinannya itu bukan sekadar untuk memenuhi nafsu syahwat semata sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika ia mengabaikan tanggungjawabnya maka hukumnya berdosa dan lebih baik baginya memperbanyak puasa.

49. Mencegah Kehamilan
Soalan:

Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?
Aniza, Bukit Kayu Hitam
Jawapan: 
Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun memperbanyakkannya. Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya".
Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan. Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung).
Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh".
Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh. Dengan memegang syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut menjadi haram. 
Wallahu A'lam.

50. Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1 x
Soalan: 
Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar air mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan sekali sahaja adakah saya masih didalam hadas besar? 
Sebelum ini saya tidak tahu yang ianya wajib, adakah saya berdosa besar?
Azwan, Klang
Jawapan: 
Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib.
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya".
Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak maka anda wajib mandi. Jika selama ini anda tidak tahu tentang ketentuan agama ini lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah dan belajarlah ilmu agama secara lebih mendalam agar tidak terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Untuk lebih jelas belilah buku yang berkaitan tentang mandi wajib ini, kerana ini merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

51. Suami yang Tidak Memuaskan Nafsu Isterinya Ketika Berjimak
Soalan: 
Apakah hukumnya pula suami yang tidak dapat melayan atau memuaskan nafsu isteri ketika bersetubuh dan mengelak jika isteri mahukannya?
Ain, Temerloh
Jawapan: 
Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong tercipatanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.
Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.
Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga".
Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasma secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.
Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong  mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.
Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.


52. Minum Air Susu Isteri Hingga Kenyang
Soalan: 
Seorang suami meminum susu badan isteri sehingga kenyang. Dari segi Islam, apakah hukumnya. Dan apakah ia ada kena mengena dengan ikatan suami isteri tersebut. Apakah dengan sendirinya, bercerai suami isteri tersebut. Di harapkan penjelasan dapat diberikan?
Norizan Aziz, KL
Jawapan: 
Air susu ibu, Allah SWT anugerahkan kepada kaum wanita sebagai  rahmat untuk bayi atau anak yang dalam jagaannya. Secara fitah air susu ibu mengandungi rahmat yang paling besar untuk pertumbuhan dan perkembangan minda bayi. Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 menjelaskan "bahawa para ibu menyusu anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan". Ini membuktikan bahawa hak air susu ibu itu hanya untuk bayi bukan selain daripada itu.
Dalam rukun penyusuan ada tiga, iaitu ibu yang menyusu, susu dan bayi yang menyusu. Jika rukun ini lengkap maka jatuhlah hukum susuan terhadap bayi tersebut. Bahkan setengah ulama menambahkan lagi tentang kadar banyaknya air susu yang diminum, jika melebihi lima kali maka jatuh hukum susuan dan setengahnya pula berpendapat hingga kenyang walaupun hanya satu kali menyusu. Jika melihat pada ketetapan ini maka bagi lelaki dewasa yang meminum susu wanita hingga kenyang tidak mengakibatkan timbulnya hukuman susuan terhadap mereka, kerana timbulnya hukum susuan ini berlaku pada bayi.
Jika dalam mengadakan hubungan jimak dan asmara antara suami isteri, kemudian suami terminum air susu isterinya, maka perkara ini tidak berdosa. Namun jika suami dengan sengaja meminum air susu isteri, ini menunjukkan bahawa seorang suami telah melanggar fitrah insaniahnya, bahkan dengan sengaja mengambil hak anaknya. Jika seseorang dengan sengaja melanggr fitrah insaniah bererti tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tergolong orang yang lalai bahkan lemah akal dan fikirannya. Orang Islam yang tidak menggunakan akal fikirannya dengan baik adalah orang Islam yang rugi bahkan lebih rendah daripada haiwan. Wallahu a'lam.


53. Memiliki Suami Mengabaikan Tanggungjawab
Soalan: 
Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Suami saya seorang guru bahasa inggeris tetapi dia mempunyai pekerjaan sambilan sebagai pemain muzik bebas. Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai perasaan terhadap seorang perempuan yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Suami saya berkeras tidak mahu meninggalkan perempuan itu walaupun perempuan itu mengaku bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap suami saya. Sejak itu suami saya selalu berang, marah-marah, dan kadang-kadang memukul saya. Suami saya bukanlah seorang yang bertanggung jawab. Saya selalu yang mengeluarkan belanja rumah, bayar bil-bil dan menanggung kesemua perbelanjaan anak saya.
Saya tak tahu bagaimana hendak buat agar suami saya berubah menjadi seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga.. Untuk pengetahuan...suami saya tidak pernah membimbing saya ke jalan agama. Saya jadi keliru dan kadang-kadang saya jadi sangsi untuk sembahyang kerana saya tidak yakin dengan bacaan saya. Saya ingin mendalami agama tetapi saya tidak tahu dimana hendak belajar. Hidup saya selalu didalam tertekan tetapi suami saya sering tidak menghiraukan saya walaupun dia mengatakan dia sayangkan saya. Saya sayangkan suami saya dan saya mahu dia kembali menjadi suami yang bertanggung jawab tetapi bagaimanakah caranya supaya saya dapat membimbing dia supaya boleh berubah ? Saya tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka?
Suhela, Seremban
Jawapan: 
Setiap sesuatu usaha hendaklah kita mulai dari diri sendiri dan barulah keluarga kita dan seterusnya orang lain. Sebagai seorang isteri sudah pasti mendambakan kedamaian dalam berumahtangga dan merupakan matlamat asasnya untuk menikmati keluarga bahagia terutama disamping suami dan anak-anak. Dalam kehidupan ini tidak semua hasrat kita akan tercapai sesuai dengan keinginan dan harapan, kadang kala terlalu banyak halangan dan rintangannya, bahkan tidak kurang juga menemui kegagalan.
Orang Islam yang beriman tidak menganggap kegagalan itu sebagai suatu bala bencana, namun menjadikan dia sebagai suatu cubaan dalam kehidupan. Mereka menerimanya dengan rasa tabah dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah. dan memang itulah kemampuan yang ada pada manusia. Jika puan inginkan keluarga bahagia, bermulalah dari diri sendiri dengan cara memperbaiki keperibadian dan tanggungjawab. Jika tanggungjawab kita terhadap diri sendiri dan tanggungjawab terhadap Allah tidak dapat dipenuhi dengan baik, maka suatu yang mustahil kedamaian dalam jiwa dan kebahagian dalam rumahtangga dapat diwujudkan.
Solat merupakan perkara fardhu dan jangan sampai timbul kesangsian dalam mengerjakannya. Belajarlah untuk mengerjakan solat dengan benar dan betul, kerana di dalam solat anda akan menemukan kedamaian yang melebihi kedamaian yang anda inginkan terhadap suami anda. Baiki budi pekerti, sempurnakan solat, didik anak-anak dengan ilmu agama, jika ini mampu dilakukan, yakin dan percayalah suami anda akan menemukan dirinya kembali pada suatu saat nanti. Ketika ini mungkin suami anda dalam keresahan lantaran masalah peribadi ataupun tidak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna. Namun jika anda mampu mencipta rumahtangga yang harmoni dan tidak terlalu banyak menuntut, kemungkinan suami anda akan menunjukkan perubahannya pada saat nanti. Banyakkanlah berdoa dan bermohonlah kepada Allah, kerana jika kita masih mengingat-Nya, insya Allah akan ada jalan keluar yang terbaik untuk kita.
Jangan terlalu banyak menyalahkan orang lain tetapi lebih banyak menilai diri sendiri. Berbuat baiklah dengan orang lain apatah lagi antara suami isteri, kerana di dalam Al Quran ada disebutkan " tidaklah kebaikan itu melainkan dibalas dengan kebaikan pula". Dengan sentiasa berbuat baik dan tidak terlalu banyak menuntut sesuatu di luar kemampuan pasangan kita akan menyumbang terciptanya keluarga yang harmoni. Wallahu A'lam.

54. Lama Masa Untuk Berjimak
Soalan: 
Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?
Rafiezul, Klang
Jawapan: 
Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan. Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A'lam.

55. Tidak Mampu Memberi Nafkah (Poligami)
Soalan:

Saya mempunyai dua orang isteri, kedua-duanya tidak mempunyai anak . Saya ingin mencerai salah seorang kerana tidak mampu untuk menampung (tidak berkemampuan). Masalahnya, tiada sebab saya menceraikannya kerana alasan ekonomi. saya minta penjelasan mengenai masalah ini?
Malai Osman, KK
Jawapan: 
Di dalam Islam menganjurkan kita berkahwin hingga empat orang jika tidak mampu memadailah dengan seorang isteri. Jika anda telah berkahwin dua bererti anda telah menyiapkan diri untuk mengikuti sunnah yang diredhai. Janganlah mencari alasan kerana ingin melepaskan tanggungjawab dan menyenangkan diri sendiri. Setelah berpoligami jalankanlah dengan baik, kemungkinan kesukaran yang anda hadapi sekarang ini merupakan dugaan saja yang mengandungi banyak hikmah dan rahmat. Bersabarlah dalam menjalankan sunnah, dan bekerjalah dengan lebih tekun demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami kerana perkara inilah yang lebih dituntut dan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT. Wallahu A'lam.
DN 105 ♂ Permata Idaman Mutiara Syurga LELAKI SOLEH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN


56. Mengharap Dikurniakan Anak Perempuan
Soalan: 
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anak perempuan mengikut cara Islam?
Hamidah, Kajang
Jawapan: 
Berdoalah selepas mengerjakan solat lima waktu agar Allah memperkenankan hajat yang diinginkan. Setelah itu berserah dirilah kepada-Nya, kerana kebaikan terhadap zuriat yang Allah anugerahkan kepada kita itu hanya Allah saja yang mengetahuinya. Walaupun begitu hasil kajian para pakar bahawa sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki begerak dan berpindah-pindah. Kadang kala letaknya sebelah kanan rahim dan kadang kala disebelah kiri rahim. Bila sel telur terletak pada lambung kanan maka akan melahirkan bayi laki-laki dan bila letaknya pada sebelah kiri rahim maka akan melahirkan bayi wanita.
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir) tentang pendapat ini telah diadakan percubaan-percubaan oleh doktor-doktor bangsa Arab dan demikian juga oleh ahli bangsa Inggeris. dan berhasil 97 peratus dari percubaan-percubaan tersebut dan hanya gagal 3 peratus. Itupun disebabkan kerana pihak ibu tidak mengetahui secara teliti tentang masa subur.
Teori untuk membentuk anak atau anak wanita itu sebagai berikut. Pertama sekali lakukanlah jimak ketika masa subur agar sperma lelaki berfungsi sebagai janin ketika di dalam rahim. Kemudian lakukanlah persetubuhan itu dengan sebaik-baiknya dan sempurna. Setelah selesai jimak, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun di waktu pagi. Janganlah tidur terlentang supaya air mani di dalam rahim jatuh miring. Akhir sekali lakukanlah, jika ingin memperolehi bayi lelaki tidurlah miring sebelah kanan dan jika ingin memperolehi anak perempuan miringlah sebelah kiri.
Teori ini hanya merupakan usaha dalam mencari sesuatu yang kita inginkan, namun hasilnya diluar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan oleh Allah SWT namun disebalik itu kita hanya dianjurkan untuk berusaha dan berikhtiar.


57. Menuntut Hak Terhadap Bekas Suami
Soalan:

Saya telah berkahwin tetapi malangnya suami saya tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Beliau meminta saya untuk mencari dahan lain yang lebih baik. Saya tidak dapat menerima hakikat ini dan meminta untuk bersabar dan sanggup untuk menunggu untuk satu jangka waktu. Akhirnya suami saya berhasrat untuk meninggalkan saya dan lafaz cerai telahpun berlaku di hadapan yang arif hakim. Masalahnya ialah...saya ada membuat tuntutan...suami saya tidak ingin membayar tuntutan itu. Apakah hukumnya walaupun suatu ketika dulu beliau mengatakan akan memenuhi kehendak saya? Sejak ditinggalkan keadaan saya sememangnya tidak memuaskan dan sentiasa tidak sihat.
Zainab, Alor Setar
Jawapan: 
Jika suami anda pernah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada anda jika ia menceraikan anda, maka ia wajib menunaikan janjinya itu, seandainya ia memungkirinya maka bekas suami anda menanggung dosa lantaran tidak menepati janji. Namun jika anda yakin bahawa dia tidak mampu untuk memenuhi janjinya lantaran sesuatu perkara yang boleh dimaafkan maka adalah lebih baik berlapang dada memaafkannya demi memudahkannya dan sekaligus menenangkan hati dan perasaan anda sendiri. Dengan demikian anda terbebas dari sifat sakit hati, dendam, perasaan tertekan dan sebagainya. Wallahu A'lam.


58. Mengucapkan kata 'Cerai' Tanpa Niat
Soalan:

Saya ingin membuat pertanyaan, jatuhkah talak jika seorang suami menyebut 'AKU CERAIKAN KAU' sebanyak dua kali (dalam keadaan marah) Selepas kejadian itu, suami saya meminta maaf sebab dia tidak punya niat untuk menceraikan saya. Tapi saya masih was-was.
Aida, Ampang
Jawapan: 
Para ulamak melarang suami melafazkan kata talaq itu lebih dari sekali dalam satu-satu masa. Jadi jika dua kali dan beberapakali dikumpulkan dalam satu kali saja, bererti melanggar hukum Allah dan ketentuan Al Quran. Menurut Jumhur ulama sah talaq yang diucapkan mengikut jumlah ucapannya. Jadi jika suami anda telah mengucapkan lafaz talaq sebanyak dua kali maka telah jatuh talaq dua dan hanya tinggal baki satu talaq lagi yang membolehkan anda untuk rujuk. Walaupun lafaz talaq tersebut telah dilaksanakan maka suami anda boleh merujuk kembali dan hidup seperti biasa dengan syarat hendaklah ingat tentang baki talaq yang tertinggal.
Mengenai talaq dalam keadaan marah, jika marah tersebut ke paras menghilangkan kewarasan akal sehingga ia langsung tidak menyedari apa yang dia ucapkan, maka marah tahap ini tidak menggugrkan talaq. Namun jika marahnya sederhana yang mana penuturnya masih mampu menggambarkan apa yang diucaapkannya maka marah seperti ini jatuh talaqnya. Menurut Jumur ulamak, marah yang bersangatanpun namun tidak menghilangkan akal keseluruhannya hanya mengganggu kosentrasi maka kemarahan di tahap ini tetap membuatkan jatuhnya talaq.


59. Ungkapan Kata Kesat Terhadap Isteri
Soalan:

Jika kita berselisih dengan faham dengan isteri dan keadaan marah kita melepaskan kata kesat. Kemarahan suami adalah disebabkan sikap isteri terhadap keluarga suami di mana layanan yang diberi tidak sepatutnya. Apakah tindakan yang perlu diambil dan wajarkah kita berkata demikian untuk menyedarkan sikap siisteri tadi?
Zahir, Semenyih
Jawapan: 
Suami menjadi pemimpin dalam rumahtangga harus berusaha membangun rumahtangga atas dasar ketaqwaan dan keredhaan Allah SWT. Berpedoman kepada Al Quran dan sunnah dalam menjalani aktiviti kehidupan berumahtangga. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat dan mengerjakan agama, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya".
Jadi menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik pengetahuan agama terhadap isterinya sehingga akhlah dan keperibadian isteri menggambarkan sebagai wanita solehah. Jika asas agama ini telah diberikan oleh suami, maka tidak akan timbul isteri tidak melayani ayah atau ibu mertuanya dengan layanan yang tidak sepatutnya.
Di dalam memberikan bimbingan terhadap isteri gunakanlah pendekatan agama dan psikologi, berikan pengertian kepadanya bahawa keluarga suami juga termasuk keluarga isteri yang perlu dihargai dan dilayan secara lebih baik. Sebaliknya suami janganlah menggunakan kata-kata yang kesat terhadap isteri, kemungkinan apa yang ia lakukan tersebut tidak sengaja ataupun ia tidak faham bagaimana sebetulnya yang anda inginkan. Sesungguhnya isteri kita adalah teman hidup kita yang memiliki kekurangan dan kelebihan. Selayaknyalah suami menasihati dengan baik jika isteri memiliki sifat kekurangan yang perlu dibetulkan. Hindarilah dari mencaci ataupun menggunakan kata-kata yang kesat, agar tidak mengeruhkan lagi hubungan yang sedia ada. Wallahu A'lam.


60. Mematuhi Suami yang Tidak Menjalankan Perintah Agama
Soalan: 
Apakah seorang isteri wajib mematuhi suaminya yang bukan sahaja tidak sembahyang malah minum arak dan suka berfoya-foya dengan wanita lain? Contohnya, keluarga wanita tersebut membuat perjumpaan keluarga (family day) tetapi suaminya tidak membenarkan. Bolehkah wanita ini mengingkari perintah suaminya itu? Dalam perkara yang berkaitan, bolehkah wanita ini menuntut cerai? Kalau boleh, apakah cara yang terbaik?
Siti Farhanah, KL
Jawapan: 
Seorang isteri hendaklah mematuhi perintah suaminya walaupun ia tidak mengizinkan untuk menziarahi terhadap kedua ibu bapanya. Kerana setelah berkahwin isteri tertakluk kepada tanggungjawab suaminya. Namun jika suami tergolong orang yang fasik meninggalkan segala perintah agama dan banyak berbuat dosa sedangkan isteri merasa khuatir dirinya dan anak-anaknya cenderung mengikuti jejak langkah suami yang fasik tersebut, maka isteri dibolehkan meminta cerai demi menjaga agamanya.
Sebelum sampai ke tahap memohon perceraian terhadap suami adalah lebih baik isteri berusaha sedaya upaya untuk menasihati suaminya apakah dilakukan sendiri mahupun dengan meminta pertolongan orang lain seperti ibu bapanya, sahabatnya dan sebagainya. Jika langkah menasihatinya tidak berhasil, maka isteri berhak meminta cerai. Bidang kuasa untuk memutuskan hubungan perkahwinan dimana isteri meminta diceraikan hendaklah dilakukan oleh qadi atau mahkamah syariah melalui perceraian khuluk.


61. Menghadapi Iseri yang Ego
Soalan: 
Isteri saya menuntut cerai kerana dia enggan mendengar nasihat saya bagi perkara-perkara tertentu. Dia masih merasa sangat marah sehingga perasaan benci dan dendam sudah mula timbul. Dia tidak lagi menganggapkan dirinya itu sebagai isteri saya. Dia sudah beberapa bulan tidak memberi nafkah batin, mengusir saya keluar dari rumah dan keluar rumah tanpa kebenaran saya. Ibunya pula menyokong pendiriannya juga. Dia tidak mahu bercakap dengan saya juga kerana tersinggung dengan percakapan saya. Saya masih bersabar. Saya mengerti akan tikah lakunya kerana isteri saya itu mengikut perasaan. Lagipun fahaman agamanya pun kurang. Walaupun demikian, saya belum lagi menjatuhkan talak. Saya masih mengasihi isteri saya dan saya ingin membimbingnya kembali kepangkuan jalan. Apakah saranan yang terbaik bagi saya. Saya masih bersabar, saya tidak mahu bercerai berai.
M. Tariq, Singapura
Jawapan: 
Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya. Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman malaikat mengutuk perbuatan isteri tersebut. Bayangkan saja jika sudah berbulan-bulan isteri tidak mahu melayan kehendak suami tentu semakin besar dosa yang ditanggungnya.
Dalam Islam seorang isteri hendaklah mendengar dan menjalankan segala perintah yang disuruh oleh suami selagi perintah tersebut tidak menjurus kepada mensyirikkan Tuhan atau sesuatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Jika isteri ingkar maka isteri tersebut tergolong isteri yang derhaka, jika ia mati dalam keadaan tidak mendapat keredhaan suaminya maka ia mati dalam keadaan membawa dosa yang besar. Menghadapi isteri yang ego seperti ini, suami hendaklah bersabar kerana wanita tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, jika kita paksakan untuk meluruskannya maka ia akan patah dan jika kita biarkan dia dalam keadaan yang keliru itu maka selamanyalah ia akan menjadi bengkok.
Berusahalah menasihatinya dengan cara yang baik dan sesuai dengan cara yang disyariatkan Islam. Carilah sebab mengapa dia bertindak demikian setelah itu pujuklah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan agama. Jika dengan berbagai cara tidak dapat melembutkan hatinya, maka lakukanlah solat istikharah, bermohonlah kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah keluarga anda tersebut. Jika perceraian merupakan jalan yang terbaik ada baiknya anda ceraikan, kerana talak merupakan perkara yang halal sebagai suatu jalan menyelesaikan masalah dalam perkahwinan. Seandainya kita telah meminta keputusan melalui solat istikharah maka , insya Allah, Allah SWT akan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Wallahu A'lam.

62. Mencerai Isteri Dengan Talak Tiga
Soalan: 
Saya bertengkar keras dengan isteri saya. Pada waktu marah dan tida berfikir dan tidak inginkan, I sebutkan 'Saya ceraikan engkau dengan tiga talak'. Sekarang, saya sangat menyesal dan mahu tahu apakah saya perlu buat untuk dapatkan isteri saya dan anak kesayangan saya. Bolehkah saya diampuni tuhan kalau saya betul betul menyesal and waktu saya memperkatan, saya tidak anda intention langsung.
Isa Khader, Singapura
Jawapan: 
Menurut Imam Syafei tidaklah diharamkan mengumpulkan talak tiga sekaligus. Apabila ini berlaku berkuatkuasalah talak tersebut. Begitu juga Jumhur Ulama berpendapat talak tiga sekaligus jatuh tiga talak. Ertinya apa yang anda lafazkan terhadap isteri anda tersebut menyebabkan jatuhnya talak tiga dan anda tidak boleh rujuk kembali terhadap isteri anda itu, sehinggalah ia dikahwini oleh orang lain dan orang tersebut mencerainya pula. Pada ketika itu barulah anda boleh menikahinya kembali.
Penyesalan anda dari perbuatan yang terburu-buru nafsu itu hanya sesuatu yang terlambat. Padahal dalam Islam telah ditunjuk kaedah dan cara yang terbaik ketika ingin menceraikan isteri. Allah berikan tiga talak tersebut dengan tujuan agar manusia dapat menggunakannya satu persatu dan ada ruang untuk mereka rujuk kembali. Maka dari semenjak anda menceraikan isteri anda tersebut, anda tidak boleh menggaulinya lagi dan jika anda melakukannya anda telah berbuat zina. Oleh sebab itu terimalah ketetapan ini dengan hati yang terbuka,meskipun penyesalan telah menyelimuti ruang minda.

63. Melakukan Azal
Soalan: 
Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya setiap kali melakukan persetubuhan dengan suami saya, saya meminta agar dia mengeluarkan air maninya di luar rahim. Suami saya tidak marah atau berkecil hati. Untuk pengetahuan ustaz, kami baru saja melangsungkan perkahwinan pada 28/2/99 yang lepas dan kami tinggal berasingan. Saya di KL dan suami saya di Melaka. Tujuan saya berbuat begitu ialah kerana saya merasakan susah sekiranya saya mengandung di sini bersendirian tanpa suami. Saya tidak boleh berpindah ke Melaka manakala suami pula terpaksa tunggu sekurang-kurangnya 2 tahun lagi untuk berpindah ke KL. Kami sememangnya bercadang mempunyai anak tetapi memandangkan banyak masalah yang timbul jika saya mengandung jadi saya bercadang melakukan sedemikian?
Suzeela, KL
Jawapan: 
Islam menganjurkan umatnya ramai anak atau keturunan kerana itu sebagai tanda kuatnya umat Islam dari bangsa lain. Sebagaimana dikatakan bahawa kebesaran adalah terletak pada keturunan yang banyak, kerana itulah Islam mensyariatkan kahwin. Rasulullah SAW bersabda: "Kahwinlah perempuan yang subur lagi penyayang. Kerana sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya jumlah kamu pada umat-umat lain pada hari kiamat nanti".
Walaupun begitu dalam keadaan tertentu Islam tidak menghalangi membatasi kelahiran dengan cara pencegahan kehamilan ataupun cara-cara yang lain. Pembatasan kelahiran dibolehkan bagi lelaki yang sudah banyak anaknya yang tidak sanggup lagi memikul beban pendidikan anaknya dengan cara yang lebih baik. Begitu juga bagi isteri yang keadaan fizikalnya lemah lantaran banyak hamil ataupun suami dalam keadaaan miskin. Dalam keadaan seperti diatas dibolehkan untuk merancang keluarga.
Melakukan azal atau memancutkan air mani keluar ketika berjimak dibolehkan. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Muslim dari Jabir, ia berkata: "Kami dahulu di zaman Rasulullah SAW melakukan Azal. Hal ini sampai pada Rasulullah tetapi baginda tidak melarang kami".
Kemudian imam Syafei berkata, kami meriwayatkan dari beberapa orang sahabat Nabi SAW bahawa mereka membolehkan azal ini dan tidak menganggap berdosa.

64. Mengatasi Keinginan Nafsu yang Kuat
Soalan: 
Saya ingin menanyakan bagaimana mengatasi keinginan nafsu yang kuat? Masalahnya suami saya juga tidak dapat memenuhi keinginan saya ini?
Zie, KL
Jawapan: 
Salah satu penyebab keresahan umat zaman moden ini adalah tidak dapat terpenuhi dorongan nafsu berahi secara sempurna. Padahal jika mengikut sunnah Rasulullah SAW suami dan isteri jika mengadakan hubungan jimak hendaklah melakukan dengan cara yang baik dan sempurna. Itulah sebabnya baginda menyuruh agar suami sebelum melakukan jimak hendaklah  melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah isteri benar-benar merasa puas barulah mereka melakukan jimak dengan cara yang dituntut.
Rasulullah juga berpesan kepada para suami, jika mereka telah sampai kepada titik kepuasan, sedangkan isteri belum sampai kepada kemuncaknya, maka suami jangan membiarkan isteri dalam keadaan tergapai-gapai, sebaliknya bantulah isteri untuk menyudahkan kepuasannya pula. Jika perkara ini dilakukan oleh suami dan isteri, maka mereka telah melakukan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah SAW.
Jika suami kurang peka dalam persoalan kepuasan hubungan jimak suami isteri ini, maka isteri hendaklah lebih banyak memainkan peranannya. Isteri boleh membantu suami dalam memulai cumbu rayu supaya lebih hangat, dan jangan hanya sekedar menuggu reaksi suami sedangkan isteri tidak aktif. Jika ini terjadi maka yang akan menanggung penderitaan adalah isteri. Sebab didalam hubungan jimak jika tidak sampai kepada kenikmatan yang sempurna, maka boleh mengganggu kosentrasi dan minda seseorang. Oleh sebeba itu kerjasama kedua-dua belah pihak sangat diperlukan demi mencapai kenikmatan dalam berumahtangga. Jangan saling menyalahkan antara satu dengan yang lainnya, tetapi carilah formula yang sesuai agar segala masalah dapat diatasi secara bersama.